Social Icons

Isnin, 5 Januari 2015

Tiga Bulan.

3 Januari 2015 yang lepas sebenarnya genap 3 bulan menjalani hidup di bumi Hiroshima. Baru 3 bulan tapi rasa macam dah lama. Dalam tempoh 3 bulan ni juga banyak perkara yang baru belajar, baru alami, baru rasai. Selama 3 bulan asyik bermonolog sampai nak pecah kepala. Bila difikir-fikir, ada baiknya juga kot segala apa yang baru dipelajari, dialami dan rasai dikongsikan di sini. Mana tau boleh jadi panduan untuk diri sendiri atau yang lain kelak. Tambahan pula memori secanggih ikan emas. Ini insyallah medium terbaik so far.

Hari pertama tiba di Higashi Hiroshima ( east Hiroshima ), disambut oleh sensei dan seorang lagi pelajar Hiroshima University, student supporter kepada seorang dari kami ( kami bertiga, terserempak masa pening - pening cari train dari Kansai Airport menuju ke Hiroshima ). Bertolak dari KLIA jam 11.30 malam, tiba di Kansai Airport jam 6 pagi lebih kurang, naik segala mak nenek train turun sana sini, tiba di Higashi Hiroshima jam 12 tengahari lebih kurang.

Sensei yang jemput kami di stesen tu namanya Honda Sensei. Lepas kami check in di bilik masing - masing, Honda Sensei terus bawa kami ke pasaraya berdekatan ( Nafco, 2 bulan kemudian baru tau nama tempat ni ) untuk dapatkan benda yang nampaknya penting, iaitu Futon. Futon tu macam comforter tapi sangat warm dan penting bila tiba musim sejuk nanti. Masa kami datang hari tu, masih lagi musim luruh. Tak sejuk sangat dan cukup selesa.

Jam 4 petang, student supporter janji akan datang ke tempat penginapan saya untuk bawa saya ke kawasan sekitar dan uruskan apa - apa yang patut. Yang paling best, dari tempat menginap ke tempat yang dibawa, kami berjalan kaki. Bagi orang Malaysia yang baru tiba di bumi Nihhon, rasa macam nak menangis dibawanya berjalan sejauh itu. Lebih kurang 15-20 minit jarak berjalan kaki tapi sebab tak biasa dan penat, rasa macam nak bergolek - golek tepi jalan tanda protes.

So, perkara pertama yang dipelajari setibanya di sini ialah, jalan kaki itu sangat normal. Kalau tak jalan kaki, naik basikal.Rasanya minggu pertama terus grab basikal sebab memang tak larat nak jalan kaki ke semua tempat. Comel sangat - sangat tengok majoriti naik basikal. Bas akan jadi almost last option kalau jarak tak berapa nak jauh sebabnya agak mahal. Dari universiti ke pekan berhampiran iaitu Saijo yang jaraknya lebih kurang 6km, harga tiket bas ialah 270 yen. Lebih kurang RM9 sehala. Pergi balik ? Jeng...jeng...jeng...

Jadinya kami memang biasa kayuh basikal je ke Saijo atau kawasan - kawasan yang sewaktu dengannya. Melainkan, ramalan cuaca mengatakan hari tersebut akan hujan, maka nak tak nak kami naik bas, atau tunda sahaja plan ke hari yang lain.


Pengalaman mula - mula naik basikal, setelah berbelas tahun tak praktis, memang haru. Terkial - kial tengah jalan disaksikan pengguna trafik yang lain. Sabar sajalah.
Paling gerun dan ngeri bila cycling terserempak dengan gerombolan pelajar yang habis kelas serentak. Lagi ngeri bila mereka dari arah bertentangan.
Paling sengsara bila cycling naik bukit. Kejang habis segala otot.
Paling best bila cycling turun curam.
Rasanya sebulan jugak latihan cycling tanpa jurulatih barulah mahir dan sedikit cekap. Tapi sampai sekarang masih belum mampu cycling sambil sebelah lagi tangan pegang payung. Skill yang perlu dipelajari sebelum balik Malaysia.

p/s : Nasi Kerabu, I Miss You!


 

KISAH KAWAN