Social Icons

Featured Posts

HELP TO FUND US TO GO ON MORE VACATION!!!

Isnin, 5 Januari 2015

Tiga Bulan.

3 Januari 2015 yang lepas sebenarnya genap 3 bulan menjalani hidup di bumi Hiroshima. Baru 3 bulan tapi rasa macam dah lama. Dalam tempoh 3 bulan ni juga banyak perkara yang baru belajar, baru alami, baru rasai. Selama 3 bulan asyik bermonolog sampai nak pecah kepala. Bila difikir-fikir, ada baiknya juga kot segala apa yang baru dipelajari, dialami dan rasai dikongsikan di sini. Mana tau boleh jadi panduan untuk diri sendiri atau yang lain kelak. Tambahan pula memori secanggih ikan emas. Ini insyallah medium terbaik so far.

Hari pertama tiba di Higashi Hiroshima ( east Hiroshima ), disambut oleh sensei dan seorang lagi pelajar Hiroshima University, student supporter kepada seorang dari kami ( kami bertiga, terserempak masa pening - pening cari train dari Kansai Airport menuju ke Hiroshima ). Bertolak dari KLIA jam 11.30 malam, tiba di Kansai Airport jam 6 pagi lebih kurang, naik segala mak nenek train turun sana sini, tiba di Higashi Hiroshima jam 12 tengahari lebih kurang.

Sensei yang jemput kami di stesen tu namanya Honda Sensei. Lepas kami check in di bilik masing - masing, Honda Sensei terus bawa kami ke pasaraya berdekatan ( Nafco, 2 bulan kemudian baru tau nama tempat ni ) untuk dapatkan benda yang nampaknya penting, iaitu Futon. Futon tu macam comforter tapi sangat warm dan penting bila tiba musim sejuk nanti. Masa kami datang hari tu, masih lagi musim luruh. Tak sejuk sangat dan cukup selesa.

Jam 4 petang, student supporter janji akan datang ke tempat penginapan saya untuk bawa saya ke kawasan sekitar dan uruskan apa - apa yang patut. Yang paling best, dari tempat menginap ke tempat yang dibawa, kami berjalan kaki. Bagi orang Malaysia yang baru tiba di bumi Nihhon, rasa macam nak menangis dibawanya berjalan sejauh itu. Lebih kurang 15-20 minit jarak berjalan kaki tapi sebab tak biasa dan penat, rasa macam nak bergolek - golek tepi jalan tanda protes.

So, perkara pertama yang dipelajari setibanya di sini ialah, jalan kaki itu sangat normal. Kalau tak jalan kaki, naik basikal.Rasanya minggu pertama terus grab basikal sebab memang tak larat nak jalan kaki ke semua tempat. Comel sangat - sangat tengok majoriti naik basikal. Bas akan jadi almost last option kalau jarak tak berapa nak jauh sebabnya agak mahal. Dari universiti ke pekan berhampiran iaitu Saijo yang jaraknya lebih kurang 6km, harga tiket bas ialah 270 yen. Lebih kurang RM9 sehala. Pergi balik ? Jeng...jeng...jeng...

Jadinya kami memang biasa kayuh basikal je ke Saijo atau kawasan - kawasan yang sewaktu dengannya. Melainkan, ramalan cuaca mengatakan hari tersebut akan hujan, maka nak tak nak kami naik bas, atau tunda sahaja plan ke hari yang lain.


Pengalaman mula - mula naik basikal, setelah berbelas tahun tak praktis, memang haru. Terkial - kial tengah jalan disaksikan pengguna trafik yang lain. Sabar sajalah.
Paling gerun dan ngeri bila cycling terserempak dengan gerombolan pelajar yang habis kelas serentak. Lagi ngeri bila mereka dari arah bertentangan.
Paling sengsara bila cycling naik bukit. Kejang habis segala otot.
Paling best bila cycling turun curam.
Rasanya sebulan jugak latihan cycling tanpa jurulatih barulah mahir dan sedikit cekap. Tapi sampai sekarang masih belum mampu cycling sambil sebelah lagi tangan pegang payung. Skill yang perlu dipelajari sebelum balik Malaysia.

p/s : Nasi Kerabu, I Miss You!


Rabu, 10 September 2014

Kenapa Jeruk Mempelam Pak Ali Kiriman Cik Pah Sangat Lazat.

Hari         : Ahad
Tarikh       : 7 September 2014.

Jam          : 2.30 petang
Lokasi       : Di dalam bas Transnasional dari Hentian Pudu menuju                  Kuantan Pahang.
Situasi      : Tengah melepaskan lelah setelah berjam - jam tunggu                  bas yang sepatutnya tiba jam 12.30 tengah hari. 

Tiba - tiba terima whatsApp dari Cik Pah, minta alamat sekolah. Ada barang nak dikirim katanya. Dalam hati, mesti nak kirim jeruk mempelam Pak Ali ni.. 

Cik Pah ni memang bagus, ada satu musim tu, dia borong banyak - banyak jeruk mempelam Pak Ali yang dia beli di Pulau Pinang, kemudian dengan gigihnya dia pos lajukan kepada kami semua yang berada di serata Malaysia ni. Tapi yang ajaibnya jeruk mempelam Pak Ali yang dikirim oleh Cik Pah ni, memang rasa dia lebih lazat dan sangat sayang nak dihabiskan walaupun sebenarnya boleh je saya nak beli sendiri kat kedai Terus Maju di simpang ke Felda Bukit Goh. Jeruk Mempelam Pak Ali kiriman Cik Pah juga paling lazat.

Hari Selasa, 9 September 2014, saya terima satu bungkusan. Sekali tengok, agak besar saiz bungkusan Cik Pah kali ni, berapa kilo jeruk mempelam Pak Ali dia kirim kali ni?


Maka dengan rakusnya bungkusan ini dirobek. Kebetulan baru balik dari kerja so perut memang tengah lapar.

Habis balutan pertama, ada lagi selapis kertas pembalut. 
Buka punya buka... astaga.. tak ku sangka... 



...









...









...













Winter coat, glove dan buku.

Sebab terkejut, sel - sel otak tak berapa nak bersambung. Cik Pah hadiahkan semua ni? Bila belek tag harga, lagi bercelaru sel - sel otak. Terus tak jumpa punca sel - sel otak ni nak bersambung. 

Note book yang tergolek keluar dari lipatan winter coat ni dibelek - belek.


Kalau tadi sel - sel otak yang tak dapat nak bersambung, tapi bila halaman pertama note book ni dibuka, giliran emosi pula mula bercampur baur.



Disebabkan memang tak sangka langsung, i terus teremosi u !... Hehe... Lagi beremosi bila belek ke halaman yang seterusnya..



Kak Layli dan anak beranak , budu dalam paket pun orang bawa pergi sana tau!



Cik Bie, misi Aaron Goh kita di Kuantan tahun lepas apa cer ?


Kak Lin dan anak beranak, tak dapat bunga sakura, bunga taik ayam aci ? :)



Erna dan hero - heronya, aku pun sedih wes. Bukan main nak suprise kan akhir tahun ni ya ?



Kak Des, Tenkiu Amy. Doakan semoga ini yang terbaik untuk orang ek.


Ayu dan anak - beranak, tak melawat di sana pun tak apa, datang hantar kawe kat airport je kawe minta. Hahaa... aci ?



Ahjie.. Benda pertama saya usahakan kat sana nanti ialah cari line internet rather than beli HP baru.. :)


Radzif!...Aku tunggu mu datang! 


Hailmi Kacak ??? Haha.. habuan orang tak mampu nak lawan segala mala awards yang pokcik dah capai setakat ni. :) 



Pah, kalau setahun enam bulan masih belum cukup dinikmati, macam mana lah nanti ??


Hasmas dan anak beranak, Insyallah...amin!!! Kalau termengandung jangan lupa update kat aku juga tau! Hahaa...

From deep of my heart, tenkiu kawan - kawan gengforeva. Sesungguhnya tak terfikir pun dan sangka akan terima apa - apa peringatan dan penghargaan macam ni, apatah lagi belikan winter coat yang memang tengah terkial - kial cari.

Insyallah, 1 Oktober 2014, saya akan bertolak ke Hiroshima University bagi Teacher Training Course Tajaan Kerajaan Jepun ( Program Biasiswa Monbukagakusho : MEXT 2014 ) selama 18 bulan. Alhamdulillah.

Since Cik Nell memang bad in express her feeling, lagu ini untuk anda, anda dan anda. Of course, you always know who you are.









Rabu, 11 Disember 2013

Patong Beach, Phuket : Pantai Wajib Pergi!

Nak kongsikan dengan kawan-kawan GengForeva, keindahan Pantai Patong di Phuket, Thailand yang menjadi kegilaan pokmie pelancong asing untuk datang bersidai, berjemur dan mandi manda di sini. Serious memang cantik giler!! Dari halus mulus pasirnya, pemandangan sekeliling nya dan juga air yang jernih kebiruan. Walla!

Ha.. Kan dah cakap.. Cantik kan?..  Cantik kan?....  hmmm...

Pada Tsunami 2006, di kawasan Patong Beach, Phuket ini sahaja telah mengorbankan sehingga hampir 26, 000 orang. Ramai kan?.. Memang ramai sebab pantai nya memang panjang dan luas. Penuh dengan manusia. Sejarahnya, kawasan Phuket ini juga merupakan tempat asal hampir 80% penduduk Thai yang beragama Islam. Tetapi disebabkan perlancongan yang hebat dijalankan di sini, maka peratusan tersebut pun dah berkurang. Alasan?.. Hmm.. kena tanya diorang.. ;)

Jom kita tengok lagi beberapa keping gambar sekitar Patong Beach, Phuket yang cantik menawan ini. Mana lah tahu, nanti ada rezeki ke sana kan?.. Jom tengok!

Sukanya tengok perahu cenggini kat sana..

Posing posing sket.. Tengok air laut yang kat belakang tu.. Macam lukisan jer kan?

Hanya boleh nampak pemandangan camni kalau datang awal pagi

Best kan kalau Pantai kat Malaysia pun ada sedia camni.. ;)

Ada banyak duit bleh main JetSki.. Lebih kurang RM150

He3.. Benda wajib bawak nih kalau nak mandi - Tuala!

Nih pemandangan perahu dari sisi lak...

Ini dari jarak dekat

Okeh.. Sila fokus!

Ha.. Nampak tak?.. Nampak tak makcik yang jual barang tu?

Pemandangan sebahagian Patong Beach, Phuket. Ini baru separuh kanan

Tiba-tiba mai bersidai depan kami. Dah panas, nanti turun mandi balik

JetSki yang menunggu untuk disewa oleh pelancong

Nak duduk? Sewa RM10 untuk satu hari

Tips kalau nak ke Patong Beach, Phuket ini adalah seperti berikut:
1. Sila pakai sunblock kalau tak nak sunburn giler
2. Elakkan shopping kat sini yer, sebab mahal giler
3. Datang awal ke tepi pantai, kalau tak, tak ada tempat sebab ramai giler
4. Belajar sket Bahasa Thai supaya senang nak bertanya / membeli
5. Tawar menawar dengan penjual dengan sebaik mungkin

Teruskan mengikuti kisah perjalanan pokmie selepas ini. Sebab nak tunjuk lak pic2 terlampau waktu sunset kat Pantai Ao Nang, di Krabi, Thailand plak.. Tunggguu........

 

KISAH KAWAN

KISAH CUTI

Loading...