Social Icons

Rabu, 27 November 2013

Kisah Cikgu Idayu

FARITA Idayu Bt. Jusoh bukanlah pegawai besar. Dia hanyalah seorang guru. Guru yang baru lapan tahun berkhidmat mendidik anak watan kita.

Menjadi guru adalah cita-citanya dari kecil. Dia bukan seperti sesetengah guru, yang menjadikan kerjaya itu sekadar makan gaji.

Cikgu Idayu atau Cikgu Ayu mahu menjadi pendidik sejati. Mendidik anak-anak kita, terutamanya dari kampung pedalaman. 

Selepas keluar dari kolej perguruan hatinya meronta-ronta mahu terus mengajar. Ke mana sahaja dihantar bukan halangan. Lagi pun itu telah menjadi perjanjiannya bahawa ke mana sahaja, waima ke pulau terpencil di Mabul, Sabah sekali pun dia sanggup tempuhi. 

Oleh itu, Idayu sanggup meninggalkan kampung halaman di Terengganu dan dihantar mengajar di Sarawak. Pengkhususan beliau ialah subjek Fizik, Matematik dan Sains. 

Guru muda itu gembira mengajar di situ. Semangatnya sentiasa berkobar-kobar mendidik anak bangsa.

Namun sebagai seorang insan, Cikgu Idayu pun mempunyai keinginan untuk berumah tangga. Jodohnya ditemukan dengan jejaka yang kebetulan berasal dari negerinya di Terengganu.

Setelah berkahwin Cikgu Idayu dipindahkan dari Sarawak ke Semenanjung, iaitu Johor.
Dia ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Syed Esa, Batu Pahat, Johor.
Suaminya pula bertugas sebagai Warder Penjara di Dungun. Sehingga kini mereka telah berkahwin selama lapan tahun.

Bagi pasangan itu, seorang tinggal di Dungun dan seorang tinggal di Batu Pahat bukan halangan untuk berkhidmat sebaik-baik mungkin kepada negara tercinta ini.

Sepanjang lapan tahun mereka tidak pernah tinggal sebumbung. Sama ada suami akan ke Batu Pahat atau sebaliknya si isteri akan ke Dungun. Walaupun kejauhan, tanggungjawab zahir dan batin diteruskan sama seperti pasangan suami isteri yang lain.

Namun, setelah beberapa tahun berulang-alik mereka merasakan ia bukanlah satu penyelesaian yang baik. Sebagai penjawat awam, Cikgu Idayu mempunyai hak memohon pertukaran untuk mengikuti suami.

Sudah tujuh tahun, sejak 2008 tanpa serik dia membuat permohonan melalui Jabatan Pelajaran Negeri dan di peringkat kementerian, namun semuanya gagal. 

Setiap tahun, kementerian membuka permohonan sebanyak dua kali. Dan, sepanjang tempoh itu dia telah membuat permohonan berbelas-belas kali.

Cikgu Idayu reda dengan ketentuan Ilahi. Mungkin tiada rezeki lagi, fikirnya.

Di sepanjang proses permohonan itu, dia ada juga mendapatkan surat sokongan pelbagai pihak, juga gagal.

Pertengahan tahun ini apabila rayuan pertukaran dibuka, dia antara cikgu yang paling awal berkobar-kobar dan ghairah mengisi borang. Kakitangan jabatan pun sudah kenal dengan beliau.

Sambil jari jemarinya mengisi borang itu, mulut Cikgu Idayu tidak putus-putus memohon doa agar mudah-mudahan permohonannya diperkenankan dan dapat disatukan dengan suami tercinta.

Beberapa hari lalu keputusan diumumkan. Buat kesekian kalinya, selama tujuh tahun, permohonannya ditolak sekali lagi.

Permohonannya untuk bersatu di bawah satu bumbung dengan suaminya buat pertama kalinya, juga gagal.

Cikgu Idayu terus pasrah. Fikirannya cukup tertekan. Cita-cita masa kecilnya untuk menjadi guru kini sudah menjadi satu mimpi ngeri. Cikgu Idayu kini difahamkan, sedang menerima rawatan akibat tekanan.

Lebih tertekan, setelah tujuh tahun berkahwin, dia masih belum mendapat cahaya mata. “Kerana itu saya mahu duduk berdekatan dengan suami saya..."

Sebagai penulis, saya tidak pasti di mana silapnya dalam kes Cikgu Idayu ini.

Terus terang saya katakan, saya tidak mengenali cikgu itu. Saya hanya menerima suratnya - mengadu kepada saya, setelah segala usahanya selama ini gagal. Mengadu kepada saya adalah jalan terakhir beliau. 

Tulis beliau kepada saya: “Keluarga kami sejak zaman nenek moyang 100 peratus menyokong, berjuang untuk UMNO. Saya minta tolong dengan menteri-menteri UMNO, takda satu tandatangan mereka yang laku... jalan akhir, nampaknya saya perlu berhenti kerja walaupun itu cita-cita saya sejak kecil mahu menjadi cikgu untuk bantu anak bangsa."
Kisah Cikgu Idayu, saya anggap adalah satu daripada banyak lagi kes yang serupa. 

Bagi saya dalam puluhan ribuan guru di seluruh negara, dan mobilisasi guru-guru baru setiap tahun, apakah sebenarnya masalah Cikgu Idayu ini? Terus terang saya katakan saya tidak faham dengan sistem proses pertukaran itu.

“Mereka memberi alasan pengkhususan saya sudah penuh di Terengganu," katanya.
Jika satu, dua tahun mungkin kita boleh terima dia gagal, tetapi apabila ia sudah masuk tahun ketujuh, maka di mana pula silapnya? Di mana pertimbangan kemanusiaan pula?

Apakah semua pihak mahu melihat Cikgu Idayu, seorang guru Fizik dan Matematik ini melepaskan jawatannya?

Wahai Pengarah-pengarah Pendidikan Negeri-Negeri, Ketua Pengarah Pendidikan, Ketua Setiausaha Kementerian dan menteri-menteri serta timbalan-timbalannya, tolonglah teliti kes ini.

Saya berharap janganlah dihukum Cikgu Idayu gara-gara tulisan ini. Ambillah iktibar positif daripada tulisan ini untuk memperbaiki mana-mana sistem yang lemah.

Saya difahamkan Kementerian Pendidikan memang sedar mengenai sindrom suami-isteri berpisah ini. Harap-harap kes Cikgu Idayu ini boleh diselesaikan.

Jika ini pun susah hendak diselesaikan, apakah kita sudah bersedia untuk menjadi sebuah negara maju?

Sabtu, 23 November 2013

Syair Merantau Imam Syafie

Syair Merantau Imam Syafie

SYAIR MERANTAU IMAM SYAFIE
Merantaulah…
Orang berilmu dan beradab tidak akan diam di kampung halaman
Tinggalkan negerimu dan merantaulah ke negeri orang

Merantaulah…
Kau akan dapatkan pengganti dari kerabat dan kawan
Berlelah-lelahlah,
manisnya hidup terasa setelah lelah berjuang

Aku melihat air menjadi rusak karena diam tertahan
Jika mengalir menjadi jernih, jika tidak, akan keruh menggenang

Singa jika tak tinggalkan sarang, tak akan dapat mangsa
Anak panah jika tak tinggalkan busur, tak akan kena sasaran

Jika matahari di orbitnya tak bergerak dan terus diam
Tentu manusia bosan padanya dan enggan memandang

Bijih emas bagaikan tanah biasa sebelum digali dari tambang
Kayu gaharu tak ubahnya seperti kayu biasa jika di dalam hutan

 

Khamis, 21 November 2013

REUNION UPSI AFTER 6 YEARS...

reunion upsi (2002- 2005)

.........Taiping, Perak.........

TENTATIF PROGRAM

2 November 2013

12.30 tgh
Makan tengah hari di Rumah Su Azalilah...
 (baju belang tu)....Baju biru pegang anak kecik tu Farahida..
Thanks Su...lauk gulai ikan, sambal belacan, ulaman, ayam goreng..sambal bilis hijau..daging goreng kunyit...sayur campur memang heaven sangat di kala perut berkeroncong minta diisi...sedapp

Yus dan Achik Za...bestnyer dapat jumpa kamu berdua....Teringat zaman duk UPSI duk kannnn!..






Inilah wajah anak-anak kecik yang tetap mesra walaupun baru kali pertama berjumpa....




2.30    Check in Hotel Kamalodge

Solat dan rehat sebentar setelah agak penat dan campur kenyang....tapi anak-anak asyik terhendap2 ke tingkap duk aim kolam...Hati dah tak tenteram la tu...



4.30    Mandi kolam..


Anak-anak dah tak tahan godaan air kolam yang biru....Mama papa pun apa lagi...jommmm kita terjun!!


Si kecik ni pun tak takut air langsung..biar biru ketaqq..tapi keluar dari kolam tidak sekali-kali...





 6.oo   Makan Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang
(oleh sebab ramai sangat pengunjung...mee udang habisss..yang ada mee ketam...jadi kami beredar ke Restoren Pak Hashim untuk pekena jugak mee udang....RM12.00 semangkuk..tapi udang dia manissss.....mesti cuba...)
Maaf gambar tak dapat di upload..sebab...tak dan nak snap hehhe..

9.00    Birthday Party Fawwaz





Thank you Auntie Ida..Iman very like it...






Along dan angah pun suka sangat dengan cekak Mickey yang berlampu ni..sampai asyik off jer lampu takut bateri habis..hehhe

Acara tukar hadiah.....pukul 11.00 malam selesai..bersurai..balik bilik tidur ..kepenatan.





3 November 2013

7.30   Breakfast "Roti Goyanggggg" dan Nasi lemak Paru.....sedapp...
                                                       
 9.oo Acara kolam 

Sekali lagi anak-anak tersenyum keriangan sebab dapat berendam dalam kolam dahulu sebelum check out....



Photo session.....cheeeseeee!!!

Sesi bergambar kaum ibu dan anak-anak...
Dari kiri Yus, Nadia, Farahida, Su Azalilah, Kak Is, Kak Zira dan Aku...



Kaum papa juga berposing sakan.....thanks guys uols awesome sangat sebab benarkan geng bini2 ku gengster buat reunion hehehhe....

12.00 Check out time..
12.30  Zoo Taiping ...
2.30  Makan K.teow Doli & Popia Tersohor di Taiping
4.00  Bersurai....

......4.15 Ke Rumah Hasmas& Syed......
......5.30 Bergerak balik KULIM....
......8.00 Selamat sampai di Kulim Utama.....


Mr.Wilson Cakap Tuhan Tidak Adil.

Mr.Wilson bukan nama sebenar. Diberi kesempatan berkenalan dengan Mr.Wilson kerana kami berkursus di tempat sama.

Sepanjang 4 hari berkursus, hanya pada hari kedua terperasan kewujudan Mr.Wilson, sebabnya kami sama - sama datang lambat. Masuk ke dewan, Mr.Wilson duduk selang sebaris di depan. Time - time mata hampir terkatup, cuba untuk mengintai laptop Mr.Wilson. Curious apa yang dia buat sebabnya kami belum dapat apa - apa tugasan lagi.

First impression terhadap Mr.Wilson, muka orang intelek, banyak pengalaman, mesti otai matematik.
Dijadikan cerita, pada hari ketiga kursus, kami diletakkan dalam kumpulan sama. Satu kumpulan hanya tiga orang.

Masa tengah kalut nak siapkan tugasan, perasan juga dengan Mr.Wilson yang nampak resah gelisah. Sekejap - sekejap mengeluh. Tak lama kemudian termenung, bila jawab soalan macam ke laut sikit. Takpelah kan.

Bila dah nampak macam Mr.Wilson seperti nak meluahkan sesuatu, kakak senior yang sama kumpulan mulakan perbualan. Tanyalah soalan - soalan basic macam tinggal kat mana, kerja kat mana...

Mula - mula Mr.Wilson mengeluh tentang skim pencen. Dia menyesal tanda tangan untuk pilihan bersara di usia 60 tahun. Sebab sekarang pun dah penat katanya. Kalau ikutkan umur Mr.Wilson sekarang, lagi 9 tahun untuk Mr.Wilson nyanyikan lagu "Menghitung Hari'.

Mungkin sebab nak redakan Mr.Wilson yang nampak tertekan, kakak senior pun tanyalah, anak berapa orang, yang sulung umur berapa, isteri kerja apa...
Masa ni lah kami mula terjebak dengan isu Tuhan Tidak Adil.

Bila Mr.Wilson mention isteri dia surirumah, kakak senior membalas.." Oklah, ada isteri yang boleh serve Mr.Wilson 24 hours..tak macam orang yang isterinya bekerja."

Lama Mr.Wilson termenung sebelum jawab dalam nada kecewa..." Mana ada, saya yang serve dia. Everything. Dia hanya duduk rumah tidak buat apa - apa"

Okkkk...fokus saya nak siapkan tugasan kumpulan mula tergendala, nak pusing mengadap terus Mr.Wilson macam segan juga sebab dua-dua ahli kumpulan ni macam dah baya - baya mak. Nak join orang tua bercerita masalah rumahtangga memang macam tak sesuai.. tapi... kami bertiga je kot dalam kumpulan ni. So, dibenarkan lah kot. ;)
Sekali sekala menyampuk juga bila dia macam menagih respon.

Alkisahnya si isteri menurut Mr.Wilson memang tidak menjalankan peranan seperti isteri - isteri lain. Bangun pagi menyiapkan sarapan tidak, makan tengah hari pun tidak, apa pun tidak. Hanya tinggal di rumah tidak berbuat apa - apa. Bila ditanya sejak bila bergaduh, tak bergaduh katanya. Masih bercakap cuma dia rasa sedih dan tidak seronok dengan rutin yang dilalui. Sudah diluahkan dan berbincang dengan isterinya tentang apa yang dia luahkan kepada kami, tetapi isterinya tidak berubah. Sepanjang - panjang dia bercerita, ada satu soalan yang hampir - hampir terlucut keluar dari mulut tapi sempat ditarik balik. Tapi memang nak sangat tanya...

Bila habis dia bercerita, dia akan termenung. Kemudian dia akan geleng kepala dan mengeluh..
" sedih...Tuhan memang tidak adil, berikan saya isteri sebegitu" Mati kutu. Tak pasti respon yang sepatutnya diberi.

" Kalau masa boleh diputarkan, memang saya memilih untuk tidak berkahwin."..Mr.Wilson masih teruskan keluhan hati, saya pula masih teruskan menyiapkan tugasan kumpulan, sambil sekali - sekala tersengih - sengih, tu je respon terbaik yang mampu diberi.
" Jika saya boleh lahirkan anak tanpa berkahwin, saya tidak akan berkahwin."
Dan sepanjang dia meluahkan perasaan, banyak juga soalan berkaitan agama yang mencabar minda yang diaju. Berpeluh den dalam bilik ber'aircond'. Nasib baik kakak senior tu yang banyak mainkan peranan melayan dan menjawab soalan. Saya hanya menyampuk bila perlu.

Tentang haji, Lailatulqadar, 10 malam terakhir di bulan Ramadan, Hajarul Aswad, Nabi Muhammad S.A.W, azan adalah antara soalan yang diaju dan bukan soalan kosong yang ditanya. Mr.Wilson ada ilmu dan tahu tentang semua yang disoal. Dia cuma minta pencerahan. Kami terangkan semampu kami. Insyallah tiada salah faham berlaku.

Selepas makan tengah hari, kerja kumpulan diteruskan, begitu juga keluhan dan soalan pencerahan dari Mr.Wilson pun diteruskan. Disebabkan banyak sangat soalan yang ditanya dan kami pun sebenarnya tidak dapat memberi fokus sebab kejar masa untuk siapkan tugasan kumpulan, kami bukakan ceramah agama dari youtube oleh saudara Lim Jooi Soon. Maka, berkumandanglah ceramah agama di kumpulan kami pada petang tersebut. Mr.Wilson memang sangat kusyuk mendengar tanpa hiraukan orang sekitar sampailah tamat kursus kami pada hari tersebut. Pada hari terakhir kursus, tak banyak yang sempat kami bualkan sebab semua kalut nak hantar tugasan. Sikap Mr.Wilson masih macam biasa, termenung dan termenung.

Kesimpulan dari pertemuan singkat dengan Mr.Wilson

  1. Mr.Wilson sebenarnya jiwa kosong yang sedang mencari jalan kebenaran.
  2. Rasanya dia tidak berniat lain bila asyik meluahkan tetapi ditakdirkan kami sebagai pendengar untuk membuka jalan dalam dia mencari jawapan tentang hidup.
  3. Tak semestinya cerita Mr.Wilson tu 100% tepat tentang isteri dia. Kita ambik yang positif je.
  4. Baru kenal siapa itu Lim Jooi Soon
  5. Tuhan itu Adil. :)
Ayat terakhir Mr.Wilson sebelum kami bersurai petang tadi..."Za, awak patut pindah ke sekolah saya. Tahun depan isi borang pindah ke sekolah saya ya." 


Rabu, 20 November 2013

Hari Terakhir MR di LBS

Entri nih aku buat khas untuk memperingati kenangan perpisahan dengan seorang member baik aku yang juga ahli GengForeva yang paling misteri sekali, iaitu Encik Radzif a.k.a MR. Isu pertukaran dan perpisahan nih memang sensitip sket. Tambah-tambah lagi waktu sekarang nih. Hu hu hu.. emo! Tapi demi mengimbau kenangan waktu perpisahan dengan MR nih, maka aku nukilkan entri khas ini.

Yang ini gambar 3 sekawan dengan watak yang pelbagai.

Kisah pertukaran MR nih pun sebenarnya macam tuan dia juga, misteri! Misteri tiba-tiba dapat transfer, xde ribut, xde angin. Maka, terlompat melompat lah semua orang yang mendengar. Tak terkecuali semua ahli GengForeva, dan insan yang paling kontroversi dan paling disayangi MR, iaitu Cik Popo yang olo tomey-tomey-tomey!

So, aku kongsikan sket gambar-gambar kat bawah nih semasa hari terakhir MR berada di SMK Luar Bandar No.1 Sibu. Kiranya kenangan terakhir MR ler kat sekolah nih. Awal bulan Februari 2013, kalau tak salah aku. Jom kita imbau sket. Rentetan hari kejadian..

Buat ucapan terakhir kat LBS. Antara PK yang jarang bercakap kat perhimpunan
Sesi perkongsian dengan rakan-rakan seperjuangan

Ini dengan Cikgu Hassan, teman sepentadbiran.

Dengan anak angkat nya yang tomey, Cicha
Ucapan penghargaan dari bos

Ucapan penghargaan dan perpisahan kepada rakan sekerja
Hadiah harijadi perpisahan dari sekolah
Kenangan dengan Lim dan Janting

Masa menjamu selera. En Jimmy pun berpindah sama jugak
Masa untuk makan, team perempuan

Masa untuk makan, team lelaki

Bila dah berpindah ke sekolah baru di St Joseph, Kuching nih, walaupun jauh, tapi sebenarnya MR nih antara orang yang paling aku selalu jumpa. Hu hu hu.. Asal singgah Kuching jer, confirm aku suruh dia datang airport. InshaAllah, semoga persahabatan akan terus berkekalan. Aku doakan juga semoga MR akan terus sukses dalam semua perkara!

Sama jugak untuk ahli GengForeva yang lain. Untuk yang lain-lain pun, ada masa kita boleh berjumpa dan berkumpul-kumpul lagi macam dulu. Impian aku, InshaAllah kita buat reunion besar-besaran untuk GengForeva dalam masa setahun dua nih. Semua WAJIB hadir!

Selasa, 19 November 2013

Jom Jadik Pemilih Dalam Parlimen Belia Malaysia

Hari nih saya nak ajak kawan-kawan GengForeva nih join benda alah nih. Hebat kan bunyik dia? Parlimen Belia Malaysia. "Parlimen" baru ditubuhkan di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia nih bertujuan sebagai platform nak mendengar luahan rasa hati dan idea bernas daripada golongan generasi Y dalam memajukan negara kita nih bersama-sama. Best kan? 

Jom Jadik Pemilih Dalam Parlimen Belia Malaysia

Daripada dok bising sorang-sorang, sembang kemaih, berhujah tak tentu arah, jadik keyboard warrior kat Facebook, saya rasa platform nih mungkin jauh lebih berkesan kalau kita nak suara kita didengar kan?. Ye dak? Cuba lah memohon, sebab saya pun dah memohon sebagai pemilih.


Rasanya diorang tak ambik ramai pun, dalam 120 camtuh jer mewakili negeri masing-masing mengikut negeri pada kad pengenalan. Itu pun mengikut kuota penduduk. Rasa rugi jugak kalau kita biarkan negeri kita diwakili oleh sebarangan orang. Kalau anda rasa anda lebih baik, apa lagi.. Cuba lah mohon!


Nak mohon senang saja, cuma guna nombor kad pengenalan. Pastu masukkan sedikit maklumat peribadi anda. Pastu hantar. Dalam masa tak sampai sejam, anda akan dapat emel yang mengesahkan pendaftaran anda. Pastu tunggu lah untuk stage seterusnya. 


Pokcik nih bukannya berminat sangat pun nak berpolitik. Cuma kalau ada peluang ke Parlimen Belia tuh, nak sangat mengutarakan isu-isu yang berkaitan dengan pendidikan kat Malaysia. Meskipun ada kekuatan dan kelebihan, namun masih ada banyak kelemahan dan kekurangan yang perlu diketengahkan kepada pihak atasan. Lagipun benda-benda pendidikan nih, hanya orang yang dalam pendidikan sahaja tau dengan lebih mendalam. Undilah Pokcik!


Jom, mohon sekarang kat SINI. Pastikan ada ahli GengForeva yang menjadi perwakilan dari setiap negeri yer.. ;)

Kuman Seberang Laut Nampak Tapi Gajah Depan Mata Tak Nampak

19 Nov 2013..

Mesti semua hairan kenapa tajuk entry saya kali ni pasal tajuk di atas. Saya hairan dengan sikap sesetengah orang ni yang tidak nampak kesalahan sendiri tapi meletakkan kesalahannya pada bahu orang lain. Bak kata pepatah " kuman seberang laut nampak tapi gajah dihadapan mata tak nampak"

ok..hehehe..ni baru intro..cerita sebenarnya begini...

Pada petang tadi, sejurus selesai tugas mengawas peperiksaan SPM, saya dan rakan saya pun bergerak pulang..dihadapan kereta kami ada kereta seorang cikgu juga yang menjadi pengawas peperiksaan SPM.
Cikgu tersebut bernama Kak Amira (bkn nama sebenar). Berumur lingkungan 40-an.

Nak dijadikan cerita, kereta kami dan kereta kak amira sama-sama berhenti di lampu isyarat. Apabila lampu sudah bertukar hijau, kami pun bergerak perlahan. Tiba-tiba kami mendengar bunyi dentuman yang kuat..rupa-rupanya ada sebuah kereta yang mengalami kemalangan dan terbabas..memang sngat terkejut sebab perkara ini berlaku di depan mata..tiba-tiba kami melihat kak amira berhenti di tepi jalan 1 kilometer dari kereta yang terbabas tadi. Baru kami tahu kak amira terlibat dengan kemalangan tersebut. Kami pun memberhentikan kereta dan berjalan ke arah kak amira.

oh ye..ketika itu..jalan raya sangat sibuk kerana semua orang pulang dari tempat kerja. Selepas itu datang seorang lelaki marah-marah dan mengatakan kak amira ingin melarikan diri. lelaki tersebut memarahi kak amira kerana kak amira yang menyebabkan keretanya rosak dan menyalahkan kak amira kerana masuk ke sebelah kanan jalan tanpa memberi signal. Lelaki tersebut tidak memberi peluang kak amira menjelaskan keadaan sebenar..setelah disiasat lelaki tersebut yang bersalah kerana memecut terlalu laju di lampu isyarat dan melanggar kereta kak amira. Kak amira sudah memberi signal dan lelaki tersebut tidak nampak kerana terlalu laju. Owh ye..lelaki tersebut berumur lingkungan 20-an.

Perkara yang menyakitkan hati kerana lelaki tersebut memarahi kak amira dan tidak nampak kesalahan itu datangnya dari dia sendiri..jika kak amira bersalah sekali pun..sepatutnya dia tidak patut bercakap kasar dan berbincang dengan lebih tenang..kak amira bukan ingin melarikan diri tetapi dia tidak dpat berhenti disebabkan keadaan jalan raya yang sangat sibuk...ok..panjangnye cerita saya ye.,hehehe..ingatla ye..berbudi bahasa la kt dengan orang lain walau dlam situasi ape pun..dan jangan sekali-kali menyalahkan org lain atas keslahan yang kita lakukan..nanti kita juga yang akan mendpat malu..


ok..sampai sni je ceritanya kwan2..nnti jmpa lg..daaaa......

LIFE is wonderful

KISAHKU

Tanggal 6 Jun 2005.....segalanya berubah....status cik bertukar menjadi puan....dan pada malam itu di depan tok kadi..walaupun dinikahkan oleh bapa sendiri..hanya Tuhan sahaja tahu titis nikmat dan syukur tak dapat digambarkan dengan kata-kata....

"Shahrolisman Bin Abdullah...aku nikahkan dikau dengan Nurlayali Binti Mohd Ghani dengan mas kahwin sebanyak RM3333.33....tunai...."....dan bermula detik itu.....segalanya berubah....


Seperti pasangan lain...kehidupan bersama insan tersayang merupakan impian bahagia yang sering dititipkan dalam doa....hidup ini kian nikmat serinya dengan kehadiran cahaya mata pertama kami..Qistina Nayli


Pada tanggal 9 Disember 2006  dengan seberat 3.40kg seorang bayi perempuan telah selamat dilahirkan di Hospital Tuanku Fauziah Kangar, Perlis..puteri ini telah menjadi penyeri hidup kami.

Walaupun begitu...puteri terpaksa ditinggalkan demi tuntutan kerja....

Pada 14 Januari 2007...aku dan suami mendaftar di Hotel Empress....kami sahut seruan bertugas di negeri Bumi Kenyalang.....dan cabaran berpisah dengan buah hati kesayangan amat berat untuk dilalui....Asalnya aku ditempatkan di Miri (SMK ST.Columba) dan suami di Sibu...Bila dapat tahu hal ini...air mata tak dapat ditahan lagi...berderaian laju.....Tidak dapat dibayangkan bagaimanalah kehidupan di sana dengan terpisah dari suami dan anak....Akan tetapi Allah Maha Berkuasa....Atas keprihatinan pihak atasan...(ditambah ketika itu aku masih berpantang hari ke-34)...maka ramai lgi pasangan yang terpisah disatukan dengan alasan perlu rela mengikut pasangan ke kawasan luar bandar...Alhamdulilah...syukurrrrrr...dapat ikut cik abang ke Sibu....


Mula berkhidmat di Sekolah Menengah Kebangsaan Luar Bandar No.1 Sibu, Sibu Sarawak pada tanggal 18 Januari 2007.Detik itu merupakan satu titik mula dalam kehidupan mencabar di sini...Aku agak sukar membiasakan dengan sesuatu yang luar biasa....Bahasa Iban bakal acap kali kudengar....

Rakan setugas pertama yang ku kenal di SMKLBS ialah Puan Nurbazlin Binti Ismail......keramahannya membuatkan aku tidak kekok...


Minggu pertama aku terpaksa tinggal di Asrama Mawar bersama Cikgu Tiew Ley Hoon dan Cikgu Jesty....Minggu kedua aku berpindah ke Asrama Jugah...tinggal bersama suami..dan Minggu ketiga kami berjaya mendapatkan rumah sewa di Taman Permai.

yang bestnye nak masuk sangat rumah sewa tu sedang tuan dia masih sibuk urusankan barang2 untuk dihantar ke kontena...urusan membeli kereta juga berlaku dalam tempoh tersebut....First time...beli kereta macam pilih ikan di pasar...pakai cekup jer....last2..pilih yang dalam show room....Akhirnya Waja Biru QSN 4893 dikeluarkan.....


Raya puasa pertama bertiga.....2007.....

Raya Haji pertama.....


Raya Puasa kedua....menanti kehadiran insan baru....


Tanggal 23 Oktober 2008....dengan berat 3.05kg puteri kedua telah selamat dilahirkan....Kehidupan menjadi lebih berbeza dan bermakna....

Welcome sayang......Qistina Nurdamia.....kini ahli keluarga dah bertambah.....kami sudah berempat....


Alhamdulilah dengan rezeki yang dikurniakan....Masa berlalu begitu pantas....dan yang pasti warna-warninya aku suka......



Tahun 2012.......kehadiran putera comel ini kian melengkapi hidup kami...
Qhairin Iman selamat dilahirkan pada 10 Mei 2012...dengan berat 3.25kg...


sebelas bulan sembilan hari yang lalu...sekejap ja masa berlalu...

 Mama,papa,along dan angah sayang sangat Iman.....




 cerita aku dan rakan-rakan...


Cikgu Hassan (PK HEM) yang cukup sempoi dan sporting.....Tahun-tahun ni....muka-muka kami la yang sering jadi AJK Makanan..well..with d bezz geng...semua ok..best sajer...


Setiap hari best saja nak p sekolah...miss to gosippp....partition H..hehheeh HAVOCCC...


Kita ni pantang nampak lensa kamera...tahu-tahu je pose mana nak dibuat..steadyyy la kawannn..


  Acara bertandang dari kelas ke kelas...kenyang perut cikgu....


Hari sukan yang sudah pasti akan menggelapkan kulit kami..but..we still ok....smile.... :)


We have fun together...kan pokcik???...hehheeh


Salam hari raya dari kejauhan....semoga ukhwah ini kekal selamanya....


Keluarga besar LBS..... love you uolsss...



Seriusly..memang rindu kesempoian kawan-kawan semua.....
everyone play their own part in the color of friendship.....
misz u uolsss...


Le Tour to Borneo

Mula berjinak-jinak ikut jalan-jalan dengan geng luar bandar....trip Le Tour to Borneo YANG PERTAMA.... Memang best giler... suatu pengalaman yang pasti takkan lupa sampai bila-bila....

Urusan awal di Pejabat Imigresen yang macam ....arghhh..malas nak cakap..


 

Berkumpul di SMK LBS......smile..we gonna have long journey of memory....


Kaya and Toast..best.....nak p lagi lehh...?...sapa nak join ..angkat tangan...




 Melawat Miri Crocodile Farm......

 
Brunei..we come...


Semua bersemangat.....

 

Selamat tiba di sekolah...walaupun dalam kepenatan..tapi ahli genforeva tetap mampu tersenyum dan memberikan pose yg sporting....kenangan ini akan menjadi memori paling indah di Sibu......

Sekian dulu untuk kali ini........adiossss....



Mengenali kamu semua adalah kenangan dan pengalaman yang cukup bermakna....



Nukilan,
Mama Lay...
 

KISAH KAWAN