Social Icons

Selasa, 19 November 2013

Kuman Seberang Laut Nampak Tapi Gajah Depan Mata Tak Nampak

19 Nov 2013..

Mesti semua hairan kenapa tajuk entry saya kali ni pasal tajuk di atas. Saya hairan dengan sikap sesetengah orang ni yang tidak nampak kesalahan sendiri tapi meletakkan kesalahannya pada bahu orang lain. Bak kata pepatah " kuman seberang laut nampak tapi gajah dihadapan mata tak nampak"

ok..hehehe..ni baru intro..cerita sebenarnya begini...

Pada petang tadi, sejurus selesai tugas mengawas peperiksaan SPM, saya dan rakan saya pun bergerak pulang..dihadapan kereta kami ada kereta seorang cikgu juga yang menjadi pengawas peperiksaan SPM.
Cikgu tersebut bernama Kak Amira (bkn nama sebenar). Berumur lingkungan 40-an.

Nak dijadikan cerita, kereta kami dan kereta kak amira sama-sama berhenti di lampu isyarat. Apabila lampu sudah bertukar hijau, kami pun bergerak perlahan. Tiba-tiba kami mendengar bunyi dentuman yang kuat..rupa-rupanya ada sebuah kereta yang mengalami kemalangan dan terbabas..memang sngat terkejut sebab perkara ini berlaku di depan mata..tiba-tiba kami melihat kak amira berhenti di tepi jalan 1 kilometer dari kereta yang terbabas tadi. Baru kami tahu kak amira terlibat dengan kemalangan tersebut. Kami pun memberhentikan kereta dan berjalan ke arah kak amira.

oh ye..ketika itu..jalan raya sangat sibuk kerana semua orang pulang dari tempat kerja. Selepas itu datang seorang lelaki marah-marah dan mengatakan kak amira ingin melarikan diri. lelaki tersebut memarahi kak amira kerana kak amira yang menyebabkan keretanya rosak dan menyalahkan kak amira kerana masuk ke sebelah kanan jalan tanpa memberi signal. Lelaki tersebut tidak memberi peluang kak amira menjelaskan keadaan sebenar..setelah disiasat lelaki tersebut yang bersalah kerana memecut terlalu laju di lampu isyarat dan melanggar kereta kak amira. Kak amira sudah memberi signal dan lelaki tersebut tidak nampak kerana terlalu laju. Owh ye..lelaki tersebut berumur lingkungan 20-an.

Perkara yang menyakitkan hati kerana lelaki tersebut memarahi kak amira dan tidak nampak kesalahan itu datangnya dari dia sendiri..jika kak amira bersalah sekali pun..sepatutnya dia tidak patut bercakap kasar dan berbincang dengan lebih tenang..kak amira bukan ingin melarikan diri tetapi dia tidak dpat berhenti disebabkan keadaan jalan raya yang sangat sibuk...ok..panjangnye cerita saya ye.,hehehe..ingatla ye..berbudi bahasa la kt dengan orang lain walau dlam situasi ape pun..dan jangan sekali-kali menyalahkan org lain atas keslahan yang kita lakukan..nanti kita juga yang akan mendpat malu..


ok..sampai sni je ceritanya kwan2..nnti jmpa lg..daaaa......

4 ulasan:

  1. setuju tuh mokcik.. kadang2 kalau nampak accident, kesian jer kalau orang tua ke, kakak-kakak ke, menahan telinga kena marah dengan orang muda. padahal kalau check semula, blom tentu pun yang diorang tuh betul.. cuba ler kawal diri dan juga bersikap lebih rasional.. kena tahu juga dengan siapa kita bercakap.. bincang leklok, semua kerja pun boleh selesai.. yer dak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    2. aik..mcm mane bleh terdelete ni..kui..kui...ye btul tu.dia tak sedar org yg dia marah tu jauh lebin tua daripada dia..patutnya bleh bincang elok2..cepat selesai masalah

      Padam

 

KISAH KAWAN