Social Icons

Selasa, 19 November 2013

Jom Jadik Pemilih Dalam Parlimen Belia Malaysia

Hari nih saya nak ajak kawan-kawan GengForeva nih join benda alah nih. Hebat kan bunyik dia? Parlimen Belia Malaysia. "Parlimen" baru ditubuhkan di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia nih bertujuan sebagai platform nak mendengar luahan rasa hati dan idea bernas daripada golongan generasi Y dalam memajukan negara kita nih bersama-sama. Best kan? 

Jom Jadik Pemilih Dalam Parlimen Belia Malaysia

Daripada dok bising sorang-sorang, sembang kemaih, berhujah tak tentu arah, jadik keyboard warrior kat Facebook, saya rasa platform nih mungkin jauh lebih berkesan kalau kita nak suara kita didengar kan?. Ye dak? Cuba lah memohon, sebab saya pun dah memohon sebagai pemilih.


Rasanya diorang tak ambik ramai pun, dalam 120 camtuh jer mewakili negeri masing-masing mengikut negeri pada kad pengenalan. Itu pun mengikut kuota penduduk. Rasa rugi jugak kalau kita biarkan negeri kita diwakili oleh sebarangan orang. Kalau anda rasa anda lebih baik, apa lagi.. Cuba lah mohon!


Nak mohon senang saja, cuma guna nombor kad pengenalan. Pastu masukkan sedikit maklumat peribadi anda. Pastu hantar. Dalam masa tak sampai sejam, anda akan dapat emel yang mengesahkan pendaftaran anda. Pastu tunggu lah untuk stage seterusnya. 


Pokcik nih bukannya berminat sangat pun nak berpolitik. Cuma kalau ada peluang ke Parlimen Belia tuh, nak sangat mengutarakan isu-isu yang berkaitan dengan pendidikan kat Malaysia. Meskipun ada kekuatan dan kelebihan, namun masih ada banyak kelemahan dan kekurangan yang perlu diketengahkan kepada pihak atasan. Lagipun benda-benda pendidikan nih, hanya orang yang dalam pendidikan sahaja tau dengan lebih mendalam. Undilah Pokcik!


Jom, mohon sekarang kat SINI. Pastikan ada ahli GengForeva yang menjadi perwakilan dari setiap negeri yer.. ;)

2 ulasan:

 

KISAH KAWAN