Social Icons

TENTANG KAMI

GENGFOREVA
GengForeva nih sebenarnya merupakan perkumpulan / persatuan tak rasmi bagi segerombolan cikgu-cikgu yang pernah dipostingkan bersama-sama ke sebuah sekolah luar bandar di daerah Sibu, Sarawak. Secara kasarnya boleh dikatakan telah diwujudkan / diasaskan pada tahun 2007. Dari tahun ke tahun, GengForeva terus bertambah keahlian. Bila dah ramai ahli, maka banyaklah cadangan nya, banyaklah aktivitinya.

GengForeva nih suka berjalan. Dan makan! Kami dah buat trip hampir ke seluruh Borneo. Setiap trip disertai oleh lebih 2 buah kereta dengan purata ahli seramai hampir 10 orang mengikuti program yang diadakan. Trip pertama yang menjadi ingatan tentulah trip sulong gengForeva ke Kota Kinabalu, Sabah dari Sibu, Sarawak dengan menggunakan jalan darat. Sangat adventure, penuh dugaan dan perjalanan yang sangat bermakna.

Selepas trip tersebut, maka bermulalah aktiviti gank kaki berjalan kami nih dengan lebih dahsyat! 




Pengalaman-pengalaman bersama, mengharungi susah payah, saat senang dan gembira, inilah yang telah mengeratkan hubungan kami ketika di kejauhan ini. Usik mengusik, senda gurau. Dah macam adik beradik, macam saudara mara. Cukup ikhlas, cukup penuh di ingatan.

Tapi, langit tak semesti nya cerah..

Dah adat orang merantau, maka sampai masanya akan kembali ke tempat masing-masing. Seorang demi seorang berjaya kembali untuk berkhidmat di tempat asal. Maka berseleraklah semua ahli GengForeva ke serata Malaysia. Ada kat  KL, Sabah, Kedah, Selangor, Pahang, Perak, dan tak lupa juga yang masih ada kat Sarawak.

Tempat jatuh lagi dikenang. Maka ingatan kepada sahabat-sahabat yang susah senang bersama, masih terpahat di hati. Bermula dengan penubuhan group Whatsapp, persahabatan ini dirancakkan lagi dengan penubuhan blog GengForeva bagi berkongsi minat, pengalaman dan kenangan sesama kami.

Dengan adanya dalam kalangan kami yang suka berjalan ke luar negara, suka melancong dan berjalan-jalan tak reti dok diam, suka dan pandai masak, suka berleter dan berleter lagi, maka kami akan hidangkan pembaca semua dengan banyak bahan yang kami boleh kongsikan dari serata Malaysia!

Semoga anda semua terhibur membaca pengalaman kami dan paling penting mampu melayan kerenah kami semua. Pastu, kalau rasa OK, nak tumpang sekaki pun boleh!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 

KISAH KAWAN