Social Icons

Sabtu, 16 November 2013

Trip Ke Mukah : Muzium Mini Sapan Puloh

Travelog ini pula diambil dari catatan NAM semasa menghabiskan Cuti Buruh pada tahun 2013. Catatan ini juga bersama sebahagian ahli GengForeva, WNWJ, TSC, BBR, SNRCA dan MAA. Perjalanan dari Sibu nak ke Mukah mengambil masa lebih kurang 2 jam dengan perjalanan kereta. Dah selalu pegi, tak untuk travelog ini, kami nak fokuskan pada satu tempat perlancongan baru di Mukah yang agak menarik, iaitu Mini Muzium Sapan Puloh. Jom baca catatan perjalanan kami.


Cuti Buruh baru-baru ini saya berkesempatan untuk CUTI-CUTI MALAYSIA di Mukah. Kalau nak ikutkan sepatutnya, minggu sebelumnya lebih menarik, kerana ada sambutan Pesta Kaul di sana. Tapi, sebab ada sekolah gantian dan juga tarikh yang kurang cun, maka perjalanan dibuat pada Hari Cuti Buruh, 1 Mei.
Ini bukan kali pertama saya ke Mukah. Jadi sebab dah banyak kali sangat ke Mukah, maka kurang lah sket rasa keterujaannya tuh. Namun, beberapa perkara menarik pada pandangan peribadi saya jika saya ke Mukah adalah :

1. Sunset kat Dalat
2. Makan Malam di Restoran tepi pantai
3. Umai!!
4. Lamin Dana dan
5. Sapan Puloh 

 Actually perkara 1-4 tuh memang pernah saya buat. Tapi dalam perjalanan saya mencari Jerunai (kubur bangsawan Melanau) pada kali ini, maka terjumpalah dengan satu lagi TEMPAT MENARIK WAJIB PERGI di Mukah, iaitu Sapan Puloh.


Sapan Puloh : Mini Muzium Khazanah Melanau di Mukah, Sarawak

Sapan Puloh adalah merupakan sebuah mini muzium yang diusahakan sendiri oleh Encik Tommy Black sekeluarga. Lokasinya terletak berhampiran dengan Lamin Dana. Menariknya mengenai mini muzium ini adalah, semua bahan yang dipertontonkan adalah merupakan koleksi peribadi barang lama warisan keluarga.



Sapan Puloh : Mini Muzium Khazanah Melanau di Mukah, Sarawak

Walaupun tempatnya agak terhad, namun memang banyak sangat koleksi yang dimiliki oleh beliau, termasuk yang saya tak pernah tengok sebelum ini di mana-mana pameran atau muzium berkenaan masyarakat Melanau. Ditambah lagi dengan penerangan panjang lebar daripada Encik Tommy, memang terbaek!

 

Sapan Puloh : Mini Muzium Khazanah Melanau di Mukah, Sarawak


Sapan Puloh : Mini Muzium Khazanah Melanau di Mukah, Sarawak

Penjelasan Encik Tommy merangkumi budaya dan adat istiadat masyarakat Melanau bermula daripada kelahiran, perkahwinan sehinggalah adat yang berkaitan dengan kematian. Juga diselitkan dengan cerita-cerita kepercayaan masyarakat Melanau dahulu terhadap makhluk halus dan semangat sebelum kedatangan agama Islam dan Kristian.



Sapan Puloh : Mini Muzium Khazanah Melanau di Mukah, Sarawak

Paling menarik perhatian saya adalah adat istiadat perkahwinan masyarakat Melanau, yang pada saya memang sangat kompleks. Penuh beradat! Bermula daripada saat merisik, bertunang sehinggalah ke majlis melangsungkan perkahwinan.



Sapan Puloh : Mini Muzium Khazanah Melanau di Mukah, Sarawak

Terfikir juga saya, akan betapa ruginya jika adat sebegitu tidak didokumentasikan secara video sebagai rujukan bagi generasi akan datang. Sebab saya sangat yakin, tanpa langkah pemeliharaan, sebarang adat mana-mana masyarakat, akan hilang begitu sahaja.


Mohon kepada mana-mana pihak berkaitan agar mendokumentasikan adat perkahwinan Melanau dengan lebih teratur dan baik sebagai warisan budaya negara.


Sapan Puloh : Mini Muzium Khazanah Melanau di Mukah, Sarawak

Sesi 'temuramah' dengan Encik Tommy selama hampir 2 jam juga terasa seperti tidak cukup untuk kami bertanyakan lagi mengenai adat budaya masyarakat Melanau
. Ternyata, pertemuan kami dengan Sapan Puloh pada kali ini adalah ternyata amat berbaloi sekali.


Sapan Puloh : Mini Muzium Khazanah Melanau di Mukah, Sarawak

Diharapkan juga selepas ini, ada mana-mana pihak berkenaan, sama ada swasta atau kerajaan yang boleh mengetengahkan lagi usaha Encik Tommy bagi mengekalkan warisan budaya masyarakat Melanau ini. 



Sapan Puloh : Mini Muzium Khazanah Melanau di Mukah, Sarawak

Kepada pelancong yang nak melancong ke Mukah, saya syorkan tempat ini sebagai satu lagi tempat untuk dimasukkan dalam senarai lawatan anda sepanjang berada di sana.



Sapan Puloh : Mini Muzium Khazanah Melanau di Mukah, Sarawak




Dan untuk Encik Tommy, pengusaha Mini Muzium Sapan Puloh, saya ucapkan Tahniah dan Selamat Berjaya! Semoga Terus Berkembang Maju!


Untuk entri asal, anda boleh baca dengan klik kat SINI

2 ulasan:

  1. salam kenal..
    tak penah sampai sarawak lagi.. tambah2 mukah..
    last p pun sabah..
    lpas ni kalau sampai serawak bolelah singgah ke sapah puluh..
    Nice picture.. rasa macam nak pergi ke muzium tu :)

    BalasPadam
  2. Salam kenal jugak..
    Dipersilakan Sobri.. ;)
    Banyak tempat lagi sebenarnya boleh explore kat Sarawak nih
    Ada masa, kesempatan boleh datang melawat

    BalasPadam

 

KISAH KAWAN