Social Icons

Isnin, 18 November 2013

Legenda Kereta dan Tuan Empunya

Satu kenangan menarik masa berada kat Sibu, adalah semua kereta GengForeva ni diberi nama. Hak hak hak.. Macam-macam nama! Ada yang berdasarkan warna dan bentuk kereta, dan ada juga yang dapat nama sebab ciri-ciri fizikal tuan empunya.. hu hu hu.. ye ker?.. Meh nak perkenal satu persatu..

 OWH BABE BABE BABE OWH
Claudya
Kereta ini dapat nama sebab tuan empunya kereta nih selalu nyanyi lagu oh babe babe babe.. Tak sure la plak lagu apa sebab dah tak ingat. Tapi tuan empunya nih memang suka giler nyanyi lagu Indon yang tak pernah dengar kuat-kuat.


 BLACK MARIA
Wak Kairol
Kereta nih dapat nama Black Maria sebab warna tuan dia black. 3 gambar kat atas tuh pun boleh kata 3 bersaudara, sebelum masing-masing berkahwin dan bawak haluan sendiri. Berpisah jua akhirnya... Wassalamu.

 BORNEO HORSE
Pah
Kereta ni plak dapat nama sebab keadaan kereta nih yang melompat-melompat laksana kuda kepang jika dipandu. Memang tertanduk-tanduk sapa yang duduk kat belakang diakibatkannya. Tapi tak pasti lak, melompat pasal keter ke, atau kerana driver nya. Ganas kan tuan keter nih?


CASTELLOBO
Lobo
Ha ha ha.. Plz jangan tertipu dengan muka ala-ala kiut tuan empunya kereta nih. Walaupun camtu, keter nih lah yang paling banyak dapat memikat awek-awek kat sana..  Keter import kan? Of course ler ramai yang tertarik menarik, kau memang daboom!


 CRAZY FROG
MR
Kereta nih jugak antara kereta legend kat sana. Sebab masa tu kalau tak salah, hanya ada 2 biji jer kereta Latio kaler ijo nih kat Sibu. Hebat kan?. Opkoz ler.. Orang pangkat besar beb.. Mana nak layan kereta murah nih.. He he he.. Kalu tak salah aku, kereta nih pilihan kedua selepas pilihan pertama ada banyak songeh. Ye dak tuan empunya?

LILY
Syed & Mama Mas
 Keter nih pun jauh jugak perjalanan dia. Banyak melangkah ke mana-mana. Sebab hampir semua trip diorang join. Dari hujung utara sampai ke selatan, tak pernah miss.
 

NINJA TURTLE
Pokmie
Macam kotor je.. Macam belemoih je.. Tapi pandang lama-lama, macam hensem je.. Kui kui kui.. Kereta nih kalau buat Pertandingan Kereta Paling Kotor, confirm menang tanpa bertanding. Hu hu. Redho jer tuan empunya. Dapat nama, sebab driver dia bawak slow gile gile. Maklum ler.. Pokcik kan.. 


 PAMA Q'S
Layali & Syarol
Keter Waja nih sebenarnya banyak jasanya kat keluarga Q nih. Keter biru nih lah yang angkut sefamilia nih ke merata tempat di seluruh Borneo. Tapi, macam biasa la.. Habis madu, sepah dibuang. Rezeki transfer datang lepas dah transform keter nih dengan keter import.. Keter import mahal ok...


 POPEYE YEAH
Pok Kob
Kereta nih macam ada bauuu sket.. he he he.. Keter orang bujang. Nampak macam keter gengster, tapi masuk dalam, layan lagu Klasik you.. hu hu.. sadis! Lately, keter nih lah yang banyak mengangkut orang ramai ke hulu ke hilir melawat sana sini..


 RUDY
Puan Buzz
Keter jate, sebab tu nama Rudy. Biaso lah.. tuan empunya tino.. Hu hu hu.. Kereta nih banyak juga khidmat dia kat Sibu. Maklum lah, kakak nih ramai adik-adik kat Sibu untuk dibawak ke hulu ke hilir. Akak prihatin ler katakan.. hu hu hu


TOMMY
Chek Biey
Keter nih boleh kata adik yang paling bongsu ler keluar dalam keluarga besar GengForeva nih. Keter tak boleh nak lenjan-lenjan k.. Tuan empunya sayang giler k kat keter nih. Ingat lagi masa lori batu pecahkan no plate dia.. Habis kena sumpah keturunan lori batu tu..


JERRY
Madam Ayu
Hu hu hu.. Sekali lagi nama keter jantan, sebab tuan keter pompuan. Keter nih lagik ler jauh perjalanan, sebab tuan empunya memang kaki jalan dan tak boleh nak dok diam. Cergas. Banyak makan vitamin. He he he..


Best kan?. Ini lah kenangan kami usik mengusik suatu masa dulu.. Bila tengok gambar-gambar kereta kat atas tuh, ketawa sorang-sorang. Bukan kerana tengokkan kereta, tapi teringatkan memori yang ada dengan kereta tersebut dan orang yang kat dalam gambar tuh. Sori yer untuk yang baru beli keter... Mungkin lain kali, keter awak pulak yer..

10 ulasan:

  1. Crazy Frog menurut nissan service ada 3..1) aku nyer,2) test drive nyer keta 3)keta tu just lalu sibu ke bintulu

    BalasPadam
    Balasan
    1. 3 kat Sibu ke atau 3 biji je kat Sarawak yang kaler hijau nih?

      Padam
    2. kat sekolah aku ada sorang cikgu guna crazy frog mcm ko

      Padam
    3. 3 kat sibu kaler "gadong" kata org swk...

      Padam
  2. kereta pah nama asalnya: "Kuda dipalu". haha! Amy&Neil lah paling byk terhentak hentok kepala kat dlm kuda ni. minta maaflah yer bg pihak Kuda hehee..

    BalasPadam
  3. Rudy ambo umur 6 thn sudahhh.. msh bersama rudy yg byk berjasa...

    BalasPadam
    Balasan
    1. kawe pun rasonya nak terus bersama je ngan Michaelangelo kawe tuh.. nok pikir ke rumah plok, ke keto toksey ..hu3

      Padam
    2. seat Rudylah paling sedap duduk!

      Padam

 

KISAH KAWAN