Social Icons

Ahad, 17 November 2013

Maggie Ketam Kuantan

Maggie Ketam.
Kenal maggie ketam ni ketika blog walking bertahun yang lalu.
Selama bertahun tu jugak lah teringin kempunan.
Akhirnya, setelah lebih kurang 2 bulan di bumi Kuantan, kawan ajak untuk terjah sebuah kedai maggie ketam yang terletak di Tanjung Lumpur katanya.
Terjahan pertama kami, GAGAL. Kedai Tutup. Padan Muka.
Hanya setelah terjahan kedua baru kami berjaya.
Sesungguhnya, sangatlah susah mencari kedai maggie ketam ni.
Nama kedai ni WWR Maggie Ketam. Sila jangan tanya apa makna WWR.
Rasanya ada dalam RM10 duit petrol terbuang hasil pusing round about-uturn-terlepas simpang-salah masuk simpang.

Secara ringkasnya laluan nak ke WWR Maggie Ketam :
1. Pergi ke Tanjung Lumpur
2. Sambil - sambil tu sila alert di sebelah kanan, perhatikan kedai makan Marina Tomyam.
3. Once dah nampak Marina Tomyam, cari tempat untuk U-turn di hadapan.
4. Sila U-turn.
5. Dalam 50-100 meter menghampiri Marina Tomyam, perlahankan kenderaan. ( Kalau tak akan terlepas simpang pastu kena pusing u-turn jauh gila )
6. Masuk simpang kiri cun - cun sebelum Marina Tomyam Tanjung Lumpur.
7. Masuk je walaupun view nak ke kedai tersebut ganjil gila sebab masuk kampung.
8. Akan lalu di hadapan sebuah kilang makanan seafood kalau tak silap.
9. Terus je sampai tiba - tiba jumpa satu kedai makan dalam tu.
10. Sampai. :)




Komentar :
1. Jalan nak kedai ni memang payah untuk first timer.
2. Tak tau kot memang macam ni rasanya maggie ketam tapi kenapa rasa macam sedikit hanyir.
3. Harga boleh tahan, lebih kurang RM12.50 je semangkuk.
4. Akan cari kedai maggie ketam lain yang ada di Kuantan.

6 ulasan:

  1. hu3.. patut ler RM12.50 pun.. sampai penuh mangkuk tu dia letak ketam.. tapi memang cam best jer.. makanan wajib try nih kalau gi Kuantan

    BalasPadam
    Balasan
    1. moh ler kawan2 melawat saya di kuantan. saya akan bawa pergi semua kedai makan yg saya kenal. ;)

      Padam
  2. Mcm sedap jer...mcm best jer...minta resipi bubur 7 keturunan plzzzz...

    BalasPadam
    Balasan
    1. mcm gedik jer..mcm gelenyar jer...
      haha..pergi mkn bubur kat coffee o corner je..
      ada bubur ek?

      Padam
  3. makan ketam tu diaorg sediakan tukul tak? atau kena kopek sendiri ? heee

    BalasPadam
  4. ada diorg sediakan pah..tuk penggemar ketam mgkin suka gila mkn..kluar dating menu ini sila pangkah ;)

    BalasPadam

 

KISAH KAWAN