Social Icons

Isnin, 18 November 2013

Trip 5 hari 4 malam ke Sibu ( Siri Jejak Kasih From Kuantan To Sibu Siri II )

Dilema setelah menyedari cuti bermula 1hb - 5hb November 2013. Kebetulan tiket KL-Sibu-KL juga murah.

Tiket dibeli setelah teruja mengetahui Cik Pah juga pulang ke Sibu pada tarikh yang sama. Terima kasih kepada pihak yang telah menaja tiket ku kali ni. Tahun depan sila taja lagi.

Teksi
Perjalanan bermula pada 31hb Oktober 2013 menuju ke Terminal Bas Kuantan menaiki teksi. Dari Kampung Padang ke terminal bas tambang teksi ialah RM30. Pakcik Zaid teksi favorite di Kuantan setelah Uncle Tang si Sibu. :)

Bas Ekspress
Dari Kuantan ke Kuala Lumpur sepatutnya menaiki bas MARA Liner pada jam 2.30 petang dengan tiket berharga RM25. Tunggu punya tunggu rupanya tayar bas pancit di Kemaman. Ditumpangkan ke bas Transnasional yang diuruskan oleh brother MARA Liner yang baik hati. Perjalanan yang sepatutnya 5 jam ke Kuala Lumpur end up menjadi 6 jam lebih. Hentian terakhir bas yang dinaiki ialah Hentian Pudu. Pertama kali menjejakkan kaki ke Hantian Pudu setelah 'direnovate'.

Gambar ihsan Google.

LRT & Komuter

Perjalanan pada 31hb Oktober 2013 ialah transit di Bangi di rumah Puan Ayu sebelum meneruskan misi Jejak Kasih Sibu Episod II pada hari berikutnya. Dari Hentian Pudu ke Bangi memerlukan diri ini menaiki dua lagi pengangkutan awam. 

Dari pudu menaiki LRT ke stesen Bandar Tasik Selatan untuk transit ke Bangi menaiki komuter. Terpinga - pinga tahap pelancong Uruguay sebabnya memang jarang sangat - sangat naik LRT & komuter.

Pudu - Bandar Tasik Selatan - Bangi
( LRT )                            ( Komuter)
Selamat sampai di stesen Bangi disambut oleh Puan Ayu dan Mami. :)

Kapal Terbang

1hb November 2013.
Flight jam 6.00 pagi menuju ke Sibu. 
Tiba di Terminal LCCT jam 5.20 pagi. 
Terus masuk ke balai berlepas dan bergegas ke surau. 
Menghitung detik subuh jam 5.40 pagi di tikar sembahyang.
Selesai sembahyang subuh lebih kurang 5.45 pagi, terus ke gate berlepas.
Kosong. Clear. Pintu dah tutup.


Dengan terpaksa, rayuan gombal dilakukan. 
Alhamdulillah, berjaya setelah macam - macam alasan diberikan.
Ikhlas dari hati, geram gila sebenarnya.
Di pagi subuh 1hb November 2013, berjogging di Terminal LCCT mengejar flight.

Berjaya.
Di pagi yang sama, Cikgu Hailmi tiba dari KL membawa kejayaan yang diraih. Disambut oleh Chek Biey yang  baru tamatkan Kursus CPD dan Cik Nell yang tertidur sambil bergambar. :) Cik Pah masih belum tiba ketika ini.



Sepanjang 5 hari 4 malam si Sibu, kebanyakkan aktiviti hanyalah makan, makan dan makan. :)


1hb November 2013. Terima kasih Ustaz sebab berkomplot sama.
 Hailmi Arrogant 
Johan Kebangsaan Liga Remaja Kreatif 2013


Makan, makan dan makan. 
Sebesen jeruk dari Penang diangkut oleh Cik Pah.

Buah tempatan yang hanya terdapat di Sarawak, buah Dabai. Wajib cuba jika berkunjung ke sini.

Pengakhiran percutian 5hari 4malam di Sibu.

Insyallah bulan depan muncul lagi di Bumi Sarawak. :)

1 ulasan:

  1. D.A.B.A.I... buah unik yg tiada kat semenanjung.. rindu nk mkn dabai...

    BalasPadam

 

KISAH KAWAN