Social Icons

Ahad, 17 November 2013

Paintball Yang Paling Diingati

Hak3.. Tengok tajuk pun tahu mesti ada yang dah tersengih kan? Sebab teringatkan pengalaman yang best superb gila nih. Apatah lagi main paintball kali pertama dengan gank-gank yang sekepala camnih. Memang happening habis! Album nih terjumpa masa tengah tercari-cari gambar yang best untuk dikongsikan dalam blog GengForeva nih. So, jom kita ingatkan balik kenangan best nih!


Masa nih dalam bulan Mac 2011, tak ingat ler cuti apa atau pun hujung minggu, tapi memang cuti ar. So ramai-ramai pakat nak gi main paintball kat Permai, tepi tasik. Time nih tempat main paintball nih baru bukak dalam beberapa minggu / bulan jer. So, oleh sebab ramai yang tak pernah main, maka aktiviti nih senang-senang masuk dalam to-do list. Ha ha ha.. Takpe, sebab best!


Pada hari kejadian, maka berkumpullah kami. Ramai. Bila semua dah ada, maka uruskan hal nak sewa senapang angin tuh + bullet dia.. Ha ha ha.. Serious nervous sebab ramai yang tak pernah guna dan main. So, fair and square lah yer, sebab semua start kosong.



Setelah diberi penerangan ringkas oleh tuan empunya penyedia perkhidmatan, maka bersedialah kami semua. Dipecahkan kepada 2 kumpulan dengan 5 orang ahli bagi setiap kumpulan, maka cabaran pun bermula lah.

 



Tapi sebelum start tu, kita tengok dulu muka-muka mereka kat bawah ini. Agak-agak takut ke, muka dengan semangat 'membunuh'?.. He he he..



Untuk saya, yang first timer nih, serious sh*t memang rasa macam dalam tempat perang! Hu3.. Berdebor nye dok dengar bunyi peluru tuh berterbangan ke kiri ke kanan. Ingat lagi masa tuh, mula-mula bukan main, siap atur strategi dengan Timothy, adik Claudia nak menyerang hendap. Last sekali, tersangkut kat celah tayar, dengan peluru yang melintas depan mata, pi mai pi mai.

Masa nih, memang dok mengucap saja lah aku nih. He He He. Tak dapat bayang camna lah askar-askar yang dok berperang betul dengan peluru dan senapang yang betul. Respek!



Cikgu Syarol main keji, awal-awal lagi dah naik atas bukit tembak orang kat bawah. hu hu hu.. Ayu pulak, jadi Hantu Kak Limah, mai dok tembak aku sampai aku naik hangen. Padahal dia dah mati kena tembak. Bengangnya aku! Nasib baik peluru dah habis, kalau tak, siap hang Ayu! Madi dengan Ustad plak lagi dahsyat sampai ke tahap saling 'berbunuhan' antara satu sama lain. Ha ha ha.. Memang kamikaze habis!


Selepas dah habis keluar semua rasa takut masa pusingan pertama, untuk pusingan kedua nih memang ramai yang lagik semangat. Hak Hak Hak.. Ketawa jahat



Sempat jugak merasa main sampai 2 pusingan penuh. Pusingan pertama team lain, pusingan kedua tukar team lain lagi. Tapi pusingan kedua memang jauh lagi best ar, sebab masing-masing dah semangat gila nak 'membunuh' orang. Tu pasal lah sampai ada yang injured habis merata-rata. Kurang protection. Hu hu.. Kat bawah nih antara mereka-mereka yang tercedera.



Teruk jugak kan?. Ha yang kat bawah nih lagi kritikal. Kesan melecet kat tangan Ustad Ghaiazra tu nampak lagi jelas. Siap macam kesan terbakar.. Hu hu hu. Angkara bermain tanpa mengikut undang-undang. Rasakan!


Ha ha ha.. Melampau kan? Apa-apa pun memang serius best giler main benda nih. Hilang segala stress. Memang tak ingat apa-apa. Cuma ada dalam kepala otak time tu memang nak tembak orang dan nak selamatkan diri je. Ha ha ha..


Dan part yang paling best, bila dah penat-penat camtu, terus le pegi ke Kedai Makan Halia, tempat makan wajib kitorang. Best kan? Tengok ler muka sorang-sorang yang hepi giler walaupun dah penat. Serious, pengalaman main paintball nih memang best!! Ada masa kita main lagi k. kbai

3 ulasan:

  1. Mmg best...perasaan time tu mmg mcm nk perang.dgn outfit yg merimaskan dicampur perasaan nervous mmg thrill..

    BalasPadam
  2. best gilos. patut main lagi kalau brpeluang.

    BalasPadam

 

KISAH KAWAN