Social Icons

Khamis, 21 November 2013

Mr.Wilson Cakap Tuhan Tidak Adil.

Mr.Wilson bukan nama sebenar. Diberi kesempatan berkenalan dengan Mr.Wilson kerana kami berkursus di tempat sama.

Sepanjang 4 hari berkursus, hanya pada hari kedua terperasan kewujudan Mr.Wilson, sebabnya kami sama - sama datang lambat. Masuk ke dewan, Mr.Wilson duduk selang sebaris di depan. Time - time mata hampir terkatup, cuba untuk mengintai laptop Mr.Wilson. Curious apa yang dia buat sebabnya kami belum dapat apa - apa tugasan lagi.

First impression terhadap Mr.Wilson, muka orang intelek, banyak pengalaman, mesti otai matematik.
Dijadikan cerita, pada hari ketiga kursus, kami diletakkan dalam kumpulan sama. Satu kumpulan hanya tiga orang.

Masa tengah kalut nak siapkan tugasan, perasan juga dengan Mr.Wilson yang nampak resah gelisah. Sekejap - sekejap mengeluh. Tak lama kemudian termenung, bila jawab soalan macam ke laut sikit. Takpelah kan.

Bila dah nampak macam Mr.Wilson seperti nak meluahkan sesuatu, kakak senior yang sama kumpulan mulakan perbualan. Tanyalah soalan - soalan basic macam tinggal kat mana, kerja kat mana...

Mula - mula Mr.Wilson mengeluh tentang skim pencen. Dia menyesal tanda tangan untuk pilihan bersara di usia 60 tahun. Sebab sekarang pun dah penat katanya. Kalau ikutkan umur Mr.Wilson sekarang, lagi 9 tahun untuk Mr.Wilson nyanyikan lagu "Menghitung Hari'.

Mungkin sebab nak redakan Mr.Wilson yang nampak tertekan, kakak senior pun tanyalah, anak berapa orang, yang sulung umur berapa, isteri kerja apa...
Masa ni lah kami mula terjebak dengan isu Tuhan Tidak Adil.

Bila Mr.Wilson mention isteri dia surirumah, kakak senior membalas.." Oklah, ada isteri yang boleh serve Mr.Wilson 24 hours..tak macam orang yang isterinya bekerja."

Lama Mr.Wilson termenung sebelum jawab dalam nada kecewa..." Mana ada, saya yang serve dia. Everything. Dia hanya duduk rumah tidak buat apa - apa"

Okkkk...fokus saya nak siapkan tugasan kumpulan mula tergendala, nak pusing mengadap terus Mr.Wilson macam segan juga sebab dua-dua ahli kumpulan ni macam dah baya - baya mak. Nak join orang tua bercerita masalah rumahtangga memang macam tak sesuai.. tapi... kami bertiga je kot dalam kumpulan ni. So, dibenarkan lah kot. ;)
Sekali sekala menyampuk juga bila dia macam menagih respon.

Alkisahnya si isteri menurut Mr.Wilson memang tidak menjalankan peranan seperti isteri - isteri lain. Bangun pagi menyiapkan sarapan tidak, makan tengah hari pun tidak, apa pun tidak. Hanya tinggal di rumah tidak berbuat apa - apa. Bila ditanya sejak bila bergaduh, tak bergaduh katanya. Masih bercakap cuma dia rasa sedih dan tidak seronok dengan rutin yang dilalui. Sudah diluahkan dan berbincang dengan isterinya tentang apa yang dia luahkan kepada kami, tetapi isterinya tidak berubah. Sepanjang - panjang dia bercerita, ada satu soalan yang hampir - hampir terlucut keluar dari mulut tapi sempat ditarik balik. Tapi memang nak sangat tanya...

Bila habis dia bercerita, dia akan termenung. Kemudian dia akan geleng kepala dan mengeluh..
" sedih...Tuhan memang tidak adil, berikan saya isteri sebegitu" Mati kutu. Tak pasti respon yang sepatutnya diberi.

" Kalau masa boleh diputarkan, memang saya memilih untuk tidak berkahwin."..Mr.Wilson masih teruskan keluhan hati, saya pula masih teruskan menyiapkan tugasan kumpulan, sambil sekali - sekala tersengih - sengih, tu je respon terbaik yang mampu diberi.
" Jika saya boleh lahirkan anak tanpa berkahwin, saya tidak akan berkahwin."
Dan sepanjang dia meluahkan perasaan, banyak juga soalan berkaitan agama yang mencabar minda yang diaju. Berpeluh den dalam bilik ber'aircond'. Nasib baik kakak senior tu yang banyak mainkan peranan melayan dan menjawab soalan. Saya hanya menyampuk bila perlu.

Tentang haji, Lailatulqadar, 10 malam terakhir di bulan Ramadan, Hajarul Aswad, Nabi Muhammad S.A.W, azan adalah antara soalan yang diaju dan bukan soalan kosong yang ditanya. Mr.Wilson ada ilmu dan tahu tentang semua yang disoal. Dia cuma minta pencerahan. Kami terangkan semampu kami. Insyallah tiada salah faham berlaku.

Selepas makan tengah hari, kerja kumpulan diteruskan, begitu juga keluhan dan soalan pencerahan dari Mr.Wilson pun diteruskan. Disebabkan banyak sangat soalan yang ditanya dan kami pun sebenarnya tidak dapat memberi fokus sebab kejar masa untuk siapkan tugasan kumpulan, kami bukakan ceramah agama dari youtube oleh saudara Lim Jooi Soon. Maka, berkumandanglah ceramah agama di kumpulan kami pada petang tersebut. Mr.Wilson memang sangat kusyuk mendengar tanpa hiraukan orang sekitar sampailah tamat kursus kami pada hari tersebut. Pada hari terakhir kursus, tak banyak yang sempat kami bualkan sebab semua kalut nak hantar tugasan. Sikap Mr.Wilson masih macam biasa, termenung dan termenung.

Kesimpulan dari pertemuan singkat dengan Mr.Wilson

  1. Mr.Wilson sebenarnya jiwa kosong yang sedang mencari jalan kebenaran.
  2. Rasanya dia tidak berniat lain bila asyik meluahkan tetapi ditakdirkan kami sebagai pendengar untuk membuka jalan dalam dia mencari jawapan tentang hidup.
  3. Tak semestinya cerita Mr.Wilson tu 100% tepat tentang isteri dia. Kita ambik yang positif je.
  4. Baru kenal siapa itu Lim Jooi Soon
  5. Tuhan itu Adil. :)
Ayat terakhir Mr.Wilson sebelum kami bersurai petang tadi..."Za, awak patut pindah ke sekolah saya. Tahun depan isi borang pindah ke sekolah saya ya." 


2 ulasan:

  1. nice entry Cik Nell!.. membuka mata

    1. sangat setuju dengan kesimpulan Wilson sedang mencari jalan kebenaran
    2. Lim Jooi Soon tuh sapa?.. hu hu hu
    3. Tak berapa nak paham motif kenapa dia mintak Cik Nell pindah sekolah.. adakah?

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha.. ada dia sebut kenapa... tlg dia buat buat keje2 komputer. dia nk buat graf yg ada plot2 tu tak reti... sbnrnya lbh kpd berbasa-basi utk ucap trima kasih sbb sudi mendengar w/pun krg bg fokus...
      Lim Jooi Soon, muallaf. br kenal 2-3 hr lps jg.

      Padam

 

KISAH KAWAN