Social Icons

Isnin, 2 Disember 2013

Trip 5 Hari 4 Malam Ke Pulau Langkawi

Plan bermula secara tiba - tiba bila ternampak tiket promo dari Air Asia, RM99 tiket pergi balik KL-Langkawi-KL. Tanpa buang masa terus booking tiket untuk famili seramai 10 orang rakyat jelata.


Trip bermula pada 25hb November ( tarikh gaji bulan sebelas dan juga tarikh keluar keputusan EG Tukar Sesi Januari 2014. Tiada kaitan dengan entri kali ni tapi saja nak sebut. ) sehingga 29hb November 2013.

Penginapan diuruskan oleh Cikgu Hailmi dan pengangkutan oleh Kak Des a.k.a Mokcik dengan menjual nama Inspektor Marzuki. Hehe...

Kami menginap di Kondo Istana, apartment 3 bilik, RM250 semalam dan menyewa van Kia Preggio RM150 sehari. 

25hb November 2013.


Flight kami dari LCCT Kuala Lumpur ke Pulau Langkawi pada jam 5.25 petang dan tiba jam 6.45 petang. Tuan van sudah menunggu di depan pintu ketibaan. Selesai bayaran, kami panjat naik van ramai - ramai menuju ke tempat penginapan untuk mengambil kunci di Sinaran Motel yang bertentangan dengan Kondo Istana dengan bayaran deposit RM150. 


Terus memecut van mencari kedai makan berhampiran yang mana sebenarnya malam tersebut kami aim untuk menyerbu EE Burger. Tiga kali pusing asyik lalu depan Balai Polis Langkawi, kuang3... Akhirnya orang kuat Langkawi yang bawa kami pergi dinner di Restoren D'Saji di Pekan Rabu. Komen makanan, boleh tahan.


26hb November 2013.

Keluar breakfast di tempat sama ketika Trip Reunion Langkawi Disember 2012 ( siapa nak buat entri pasal reunion ni?...). Tak ingat apa nama kedai ni tapi memang selera besor kalau makan kat sini, wajib makan nasi lemak / bihun goreng, roti planta, kuih lepat pisang dengan air nescafe tarik dan air suam.

Destinasi pertama - Langkawi Cable Car.
Pemegang Mykad RM15 dan Mykid RM10.

Itu Bukan Tali Pusat.
Disebabkan tahun lepas dah naik dan memang banyak benda nak bersembang dengan Kak Des, kami berdua lepak di bawah sambil makan karipap menunggu rakyat jelata. 

Sembang punya sembang kami mendapat idea untuk buat satu entri khas bertajuk, " Suami Siapa Paling Diam ". Nantikan kemunculan.

Dari Langkawi Cable Car, kami singgah di Tapak Beras Terbakar sebelum ke Muzium Mahsuri. Kami berdua macam biasa tunggu di luar sambil sembang dan sembang.


Untuk lunch, Kak Des bawa kami sekeluarga ke Restoren Tom Yam Top Seafood.
3S.
Serius Sangat Sedap.

Makan sampai tahap nak strok. 2 Hari lunch di sana, hari - hari menu sama ikan bakar, ulam-ulaman, sup daging, kerabu mangga, sambal belacan dan bi yu di yu. Harga boleh tahan, tak begitu mahal. Sebelas orang makan dengan lauk macam - macam RM90 ++.

Cuba Cari Mana Nasik

Aktiviti selepas lunch, balik tidur. :)

Aktiviti malam, dinner. Kak Des bawa kami sekeluarga ke EE Burger yang dicari - cari sampai berpusing - pusing. Masih lagi meneruskan aktiviti makan tak hengat. 

Kat sini sesuai untuk tune selera ke selera western dalam keadaan santai pada harga berpatutan. Komen, Burger Bakar Lamb EE Burger masih belum dapat challenge Burger Bakar Lamb Abang Burn

Tiga malam berturut - turut kami dinner di EE Burger, sampaikan hari keempat kami di Langkawi,lalu EE Burger pun dah naik pening.

27hb November 2013.

Hari ketiga. Kak Des tak dapat join sebab jaga exam. Aktiviti kami hari ini, Island Hopping

Mamat yang kami contact untuk Island Hopping janji akan 'kutip' kami di depan Kondo Istana jam 9.30 pagi. Tapi pukul 10.00 pagi baru muncul. Sebelum Island Hopping, bersarapan di kedai yang sama, menu sama. :)

Untuk Island Hopping, RM350 satu bot untuk 10 penumpang, termasuk perkhidmatan ambik dan hantar balik ke tempat penginapan. 


Best naik boat, tapi kurang berminat untuk berhenti lama - lama di pulau sebab tak join apa - apa aktiviti kecuali duduk tepi pantai bersama uncles dan aunties. 

Pulau pertama Pulau Beras Basah kot nama tempat tu, malas nak google. 1 jam masa kami kat situ.
Rakyat - rakyat jelata yang berkenaan selamat mandi pantai. Ramai juga yang berbikini seksi kat sini. Nak cuci mata pada yang berkenaan bolehlah. Silap haribulan, bukan cuci mata, siap kena clorox. Pegang konsep yakin, semua boleh jalan.

Selepas pulau pertama, kami dibawa ke kawasan yang banyak gila burung helang. Tapi tiada aktiviti 'Eagle Feeding' hanya 'Eagle Watching' sebelum kami ke Tasik Dayang Bunting.


Kat sini banyak kera/beruk menunggu di sepanjang laluan ke tasik. Tidak mengganggu atau mengacau pengunjung kecuali jika kita membawa beg plastik. Habis nanti kena rebut dengan binantang tu nanti. 

Kalau rasa nak try siapa lagi powerrrrrr, sila bawa beg plastik dan lawan tarik - tarik. Jangan lupa rekod untuk upload di Youtube. Mana tau boleh jadi the next Youtube sensation. 

Pun tak ikut panjat naik ke tasik, lepak tepi pondok dengan alasan nak teman mak. Rakyat jelata selamat terjun masuk tasik semua. Di sini kami juga diberi masa 1 jam.Selesai di Tasik Dayang Bunting, kami dihantar balik ke jeti. 

Oh lupa, sebelum naik bot, akan ada seorang mamat yang akan snap gambar setiap seorang penumpang. Balik dari Island Hopping, akan tersusun gambar semua penumpang pada piring cenderamata pada harga RM10.00 satu. 

Dengan pakaian separa kering, kami menyerbu Restoren Tom Yam Top Seafood. Selesai lunch, aktiviti wajib kami, tidur. Rakyat jelata tidur berehat sekejap, petangnya mereka ke Pantai Cenang. Macam - macam aktivit lagi, mandi pantai dan ber 'Banana Boat'. 
Saya tidur di aparment dengan nyenyaknya.

Aktiviti malam, dinner di EE Burger lagi sebelum ke Dataran Lang. Sesi bergambar ala - ala Titanic oleh rakyat jelata.

28hb November 2013

Hari keempat. Breakfast di Naser Daun Pisang. 
Tak suka kedai mamak tapi kalah dengan kuasa majoriti. Makan roti planta. Komen, boleh lah. 
Destinasi pagi ini, Underwater World Langkawi.

Underwater World Langkawi buka jam 10.00 pagi.
Harga tiket RM28.00 bagi pemegang MyKad, RM22.00 bagi warga emas dan RM18.00 bagi pemegang MyKid. 

Budak - budak memang akan suka tempat ni. Orang dewasa ikut minat. Kategori yang suka muzium, zoo, Nasional Geografic dan sewaktu dengannya Insyallah akan enjoy jugak ke sini. 

Tak ingat sangat urutan section dalam tempat ni, ingat jumpa burung kaler biru yang sangat bising, singa laut yang comel, penguin yang cute gila.. pastu tak ingat dah apa dalam tu. Komen, macam tak banyak sangat benda dalam tu. 

Balik dari Underwater World Langkawi, singgah kedai makan di simpang jalan ke Pantai Cenang, kedai makanan Thai, nampak meriah lauk - pauk. Lauk kami ambik semua simple je sebab masih kenyang, 10 orang makan, RM140. Nama kedai tak nak sebut sebab tak sedap dan mahal.

Lepas tengah hari, rakyat jelata keluar lagi, tak tau mana diorang pergi, saya stay kat rumah siapkan kerja - kerja sekolah yang tergendala. Balik rakyat jelata dari sesi main air entah dimana, kami keluar dinner di EE Burger, lagi.

Malam, tidur.

29hb November 2013.

Breakfast simple je. Beli kedai seberang Kondo Istana je. Rakyat jelata keluar lagi, saya dating dengan Kak Des, pergi airport settle tiket, cari port duduk sembang dan makan lagi.

Rupanya rakyat jelata ke Pantai Tanjung Rhu, sewa bot keliling kawasan berdekatan. RM120 sejam tetapi dapat extend sehingga 1 jam setengah. 

Last day kami lunch di Restoren Wan Thai. Hasil bacaan di internet ramai yang suggest ke sini. Restoren ni buka dua sesi, siang sampai pukul 3 sahaja. Kami sampai jam 2.20 petang, order makan ditutup jam 2.30 petang, so dengan rushingnya kami order set B untuk 10 orang. 

Ada tomyam, sotong masak apa tak sempat baca, udang pun tak tau masak apa, sayur kailan, ikan goreng ditabur kerabu mangga kat atas tu pun tak tau nama apa, buah dan air kosong. Komen... lain kali nak cuba makan malam mungkin yang kat internet tu semua datang makan malam di saat tak rushing macam kami.


Lepas lunch, kami ke kompleks Haji Ismail Group ( HIG ). Semua tak borong benda lain kecuali masing - masing dengan coklat berplastik - plastik. Aktiviti petang tersebut, ronda - ronda Pekan Kuah sambil menghabiskan masa sebelum balik. Dinner di Restoren Saji sebelum berpisah dengan Kak Des. Flight kami balik ke KL pada malam tersebut pada jam 10.40 malam.


Kesimpulan dari Trip Ke Pulau Langkawi,
  1. Baru tahu tiada kes kecurian kereta rupanya di Langkawi. Van sewa tinggal macam tu je kat airport dengan kunci di suis.
  2. Banyak gila kedai makan yang best lagi lazat kat sini, no wonder Kak Des mengalami sindrom membesar sihat dan kuat di awal kedatangn ke Langkawi. tapi sekarang Kak Des dah slim you..
  3. Tak banyak gambar kami berdua sebab kami bersembang dan bercakap tanpa henti.


  4. Mandi pantai tidak, berjemur tidak, aktiviti pantai semua tak ikut, rakyat jelata balik KL semua segar bugar kecuali saya sorang demam selsema dengan jayanya. Taip entri ini bertemankan sekotak tisu secawan Nescafe.



8 ulasan:

  1. Hak3... Entri travelog terbaek!!! Tahniah..
    Suker..
    Excited giler nak gi makan kat Restoren Wan Thai tuh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. cuba pergi awal2..kami hr tu rushing, dpt tomyam yg rs mcm dh ditambah2 air

      Padam
  2. Balasan
    1. honeymoon cik bie, try semua aktiviti pantai tu

      Padam
  3. nice!! rasa nak cari jeti skrg juga dan pg terus hahaa..

    BalasPadam
  4. hahha..bru baca entri ni..dtg la cni kwan2..

    BalasPadam

 

KISAH KAWAN