Social Icons

Ahad, 17 November 2013

Monolog : Kali Pertama.

Mencuba untuk mengarang bagi post sulung untuk blog Gengforeva. :)

Sila jangan gelak.

Sedar diri dengan kemampuan mengarang di tahap tak boleh blah, dengan keputusan UPSR hanya mendapat B untuk BM Pemahaman dan Penulisan yang tidak melayakkan diri ini mendapat mini cooper 17 tahun yang lalu.

Dulu - dulu masa ahli Gengforeva semua masih bekerja di tempat yang sama, dalam kepala hanya fikir mana nak makan kejap lagi, hujung minggu nanti ke mana hala tuju nak meronggeng, cuti panjang nanti mana nak bercuti.

Bila masing - masing dah membawa haluan atas kehendak takdir ( cewah, tak tahan ), banyak perkara yang dikenang - kenang. Banyaknya yang boleh buat diri sendiri senyum terkonyeh - konyeh macam tak berapa siuman sebelum kadang - kala termenangis akibat teringat - ingat.

Sebagai manusia yang banyak menyimpan memori yang orang lain tak ingat pun, berikut serba sedikit momen pertemuan pertama bersama ahli GengForeva :)


* Hanya memetik beberapa nama, iaitu ahli group whassap gengforeva. :)

* Masih ada ramai nama - nama lain yang dikenali di Sibu yang tidak tertulis di sini. Bukan tak ingat. <3

1. Mohamad Radzif Bin Said
Impression pertama. Orang pangkat besar, orang bandar. Tak main campur-campur dengan kampungan ni. Haha.. memang first impression terhadap Radzif salah sama sekali. Maaf ya Zif. Ingat dulu kenal Radzif melalui Kak Lin. Pergi Kuching tahun 2009 trip kasi redah with Kak Lin, Erna dan Amy. Siap pergi menjenguk rumah ko Zif tapi lepas balik trip aku ingat lagi, jumpa ko kat tangga, buat derk je. Tak ingat bila betul - betul gang dengan ko. Tapi tiap kali tengok Chocolate Cheese kat Secret Recipe aku memang ingat kat ko.

 2. Nurlayali Binti Mohd Ghani
Kak Layli. Super Mama.
Sama - sama duduk meja setinggan tepi bilik guru. Kalau tak silap, meja Kak Layli belakang meja orang. First Impression, takut. Sebab macam bekeng. Haha... nak tanya Cikgu Shahrol pasal Pendidikan Moral pun tanya melalui Kak Layli. Dulu tak reti sebut nama Kak Layli, rasa macam payah gila. Macam terbelit - belit je lidah. Kita semua start gang bila semua guru setinggan pakat - pakat kena pindah naik bilik peperiksaan.

3. Nurbazlin Binti Ismail
Kak Lin.
Tempat pertama ku menumpang kasih di bumi Sibu. Rasa macam anak pungut yang baru jumpa mak angkat yang sudi nak pelihara. Feeling Anne Shirley From Green Gables sekejap. Banyak benda belajar dari Kak Lin. Nescafe buatan Kak Lin sentiasa ku tunggu - tunggu tanpa rasa malu. Hidup di Sibu jadi jelas dan bermakna selepas dipungut oleh Kak Lin. Bak kata kakak sulung orang, sepanjang orang di Sibu, hanya sekali je dia perasan orang balik kampung nampak berisi, tahun di mana ku 'dibela' oleh Kak Lin. :)

4. Norhailmi Bin Abdul Mutalib
Cikgu Hailmi. Hailmi. Pokcik.
Urutan nama panggilan untuk blogger sensasi ni. Kali pertama jumpa Pokcik masa kami baru je diangkut oleh pengetua dari airport ke sekolah. Pengetua panggil Pokcik nak tanya sesuatu. Lupa pasal apa. Tapi Pokcik lah cikgu LBS pertama yang kami gang posting Januari 2008 jumpa sebenarnya. Awal - awal kenal Pokcik memang sopan, haha... lepas dah lama baru tahu betapa Ahmad Nisfunya Norhailmi Bin Abdul Mutalib.

5. Ernawati binti Abu
First time jumpa bila kita semua gang diposting ke Sibu di suruh berdiri. First impression, riuh orang Sabah ni. Haha.. walaupun ko pangkat Kakak, tak terkakak bila bercakap dengan ko Erna. Muka garang, tetapi selalu bagi aku makan breakfast bila aku pergi menumpang kasih kat Jalan Openg.

6. Siti Nurzaida Rahayu Binti Che Abdul
Mula - mula jumpa kat bilik guru. Ayu pakai baju kaler merah kalau tak silap. Tapi kenapa rasa macam itu first and last orang nampak Ayu pakai baju tu. Ayu pakai tudung ala pengakap juga rasanya. First impression, pun rasa macam Ayu bekeng. Tak tau kenapa. :)

 7. Tai Szu Ching
Ah Moi.
Kalau kamu ingat, kita mula - mula digandingkan oleh Rumah Sukan Syarif Masahor. Saya dilantik menjadi Setiausaha, kamu sebagai penolong setiausaha. Masa meeting rumah sukan kamu dengan muka sangat innocent datang tanya apa boleh bantu, siap nak bahagi tugas segala. Banyak up and down. But here we are.

8. Desmi Hartati Binti Anuar
Mula - mula berkenalan bila dapat tahu kita senasib. Bakal dihantar ke Sibu. Hari kita naik flight ke Sibu dari Kuching seingat orang Amy pakai kemeja putih atau biru cair, seluar khakis, tudung putih. Bila tanya nama apa, " Panggil saya Kak Amy. "

9. Hasmas Binti Mat Lias
Minah ni memang riuh dari hari mula - mula kenal. Muka tak berapa sedih seingat aku. Tapi duk mengamuk nak balik semenanjung. Kita dua feeling paling muda masa mula - mula posting thun 2008. Al-maklum time tu kan ...

10. Bangkang Anak Reban.
Ibanese yang pandai kecek kelate. First time berkomunikasi, masa Cik Bie yang baru posting akhir 2009 tercari - cari Library. Tengah sibuk di bilik guru atas, tiba - tiba pintu bilik guru diketuk, tersengih - sengih Cik Bie di muka pintu dengan cerianya tanya mana Library. Tak ku sangka, Cik Bie end up menjadi housemate ku. Siap lepas transfer ada siri jejak kasih from Kuantan To Sibu with Love. :)

p/s :
1. Kali pertama cuba buat animation tuk gambar.
2. Sila jangan maki untuk pergerakan kartun tu.
3. Gambar pertama kita selepas trip pertama kita.
4. Sorry tak semua ahli ada.
5. Siapa perasan susunan nama kat atas ikut urutan apa?





9 ulasan:

  1. hak3.. ikut susunan keTUAan yer?.. tuanya Mama Lay kita..

    BalasPadam
  2. Serius suka tengok pic atas.. semua masih muda remaja!

    BalasPadam
  3. salah susun ek? haha... minta ampun.. i tak berapa ingat tahun. tarikh lahir i ingat. :)

    BalasPadam
  4. Ni pdgan cek nell. Yg lain apa pula pdgan prtama kali anda trhdp geng2 foreva??

    BalasPadam
  5. Balasan
    1. walaupun tgh syok2 karang tiba2 ada org mengaku dh curi bc draft, idea terus jatuh menjunam tahap infiniti sekejap.. ;)

      Padam
  6. saya suka tgk gambar animation tu... 'mataku ke kiri ke kanan' :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. sy dh buat animation gmbr ni brtahun yg lalu, tp xtau mna boleh share keterujaan bila berjaya. hinggalah wujud blog ni. :)

      Padam

 

KISAH KAWAN

KISAH CUTI

Loading...