Social Icons

Rabu, 11 Disember 2013

Patong Beach, Phuket : Pantai Wajib Pergi!

Nak kongsikan dengan kawan-kawan GengForeva, keindahan Pantai Patong di Phuket, Thailand yang menjadi kegilaan pokmie pelancong asing untuk datang bersidai, berjemur dan mandi manda di sini. Serious memang cantik giler!! Dari halus mulus pasirnya, pemandangan sekeliling nya dan juga air yang jernih kebiruan. Walla!

Ha.. Kan dah cakap.. Cantik kan?..  Cantik kan?....  hmmm...

Pada Tsunami 2006, di kawasan Patong Beach, Phuket ini sahaja telah mengorbankan sehingga hampir 26, 000 orang. Ramai kan?.. Memang ramai sebab pantai nya memang panjang dan luas. Penuh dengan manusia. Sejarahnya, kawasan Phuket ini juga merupakan tempat asal hampir 80% penduduk Thai yang beragama Islam. Tetapi disebabkan perlancongan yang hebat dijalankan di sini, maka peratusan tersebut pun dah berkurang. Alasan?.. Hmm.. kena tanya diorang.. ;)

Jom kita tengok lagi beberapa keping gambar sekitar Patong Beach, Phuket yang cantik menawan ini. Mana lah tahu, nanti ada rezeki ke sana kan?.. Jom tengok!

Sukanya tengok perahu cenggini kat sana..

Posing posing sket.. Tengok air laut yang kat belakang tu.. Macam lukisan jer kan?

Hanya boleh nampak pemandangan camni kalau datang awal pagi

Best kan kalau Pantai kat Malaysia pun ada sedia camni.. ;)

Ada banyak duit bleh main JetSki.. Lebih kurang RM150

He3.. Benda wajib bawak nih kalau nak mandi - Tuala!

Nih pemandangan perahu dari sisi lak...

Ini dari jarak dekat

Okeh.. Sila fokus!

Ha.. Nampak tak?.. Nampak tak makcik yang jual barang tu?

Pemandangan sebahagian Patong Beach, Phuket. Ini baru separuh kanan

Tiba-tiba mai bersidai depan kami. Dah panas, nanti turun mandi balik

JetSki yang menunggu untuk disewa oleh pelancong

Nak duduk? Sewa RM10 untuk satu hari

Tips kalau nak ke Patong Beach, Phuket ini adalah seperti berikut:
1. Sila pakai sunblock kalau tak nak sunburn giler
2. Elakkan shopping kat sini yer, sebab mahal giler
3. Datang awal ke tepi pantai, kalau tak, tak ada tempat sebab ramai giler
4. Belajar sket Bahasa Thai supaya senang nak bertanya / membeli
5. Tawar menawar dengan penjual dengan sebaik mungkin

Teruskan mengikuti kisah perjalanan pokmie selepas ini. Sebab nak tunjuk lak pic2 terlampau waktu sunset kat Pantai Ao Nang, di Krabi, Thailand plak.. Tunggguu........

Isnin, 2 Disember 2013

Trip 5 Hari 4 Malam Ke Pulau Langkawi

Plan bermula secara tiba - tiba bila ternampak tiket promo dari Air Asia, RM99 tiket pergi balik KL-Langkawi-KL. Tanpa buang masa terus booking tiket untuk famili seramai 10 orang rakyat jelata.


Trip bermula pada 25hb November ( tarikh gaji bulan sebelas dan juga tarikh keluar keputusan EG Tukar Sesi Januari 2014. Tiada kaitan dengan entri kali ni tapi saja nak sebut. ) sehingga 29hb November 2013.

Penginapan diuruskan oleh Cikgu Hailmi dan pengangkutan oleh Kak Des a.k.a Mokcik dengan menjual nama Inspektor Marzuki. Hehe...

Kami menginap di Kondo Istana, apartment 3 bilik, RM250 semalam dan menyewa van Kia Preggio RM150 sehari. 

25hb November 2013.


Flight kami dari LCCT Kuala Lumpur ke Pulau Langkawi pada jam 5.25 petang dan tiba jam 6.45 petang. Tuan van sudah menunggu di depan pintu ketibaan. Selesai bayaran, kami panjat naik van ramai - ramai menuju ke tempat penginapan untuk mengambil kunci di Sinaran Motel yang bertentangan dengan Kondo Istana dengan bayaran deposit RM150. 


Terus memecut van mencari kedai makan berhampiran yang mana sebenarnya malam tersebut kami aim untuk menyerbu EE Burger. Tiga kali pusing asyik lalu depan Balai Polis Langkawi, kuang3... Akhirnya orang kuat Langkawi yang bawa kami pergi dinner di Restoren D'Saji di Pekan Rabu. Komen makanan, boleh tahan.


26hb November 2013.

Keluar breakfast di tempat sama ketika Trip Reunion Langkawi Disember 2012 ( siapa nak buat entri pasal reunion ni?...). Tak ingat apa nama kedai ni tapi memang selera besor kalau makan kat sini, wajib makan nasi lemak / bihun goreng, roti planta, kuih lepat pisang dengan air nescafe tarik dan air suam.

Destinasi pertama - Langkawi Cable Car.
Pemegang Mykad RM15 dan Mykid RM10.

Itu Bukan Tali Pusat.
Disebabkan tahun lepas dah naik dan memang banyak benda nak bersembang dengan Kak Des, kami berdua lepak di bawah sambil makan karipap menunggu rakyat jelata. 

Sembang punya sembang kami mendapat idea untuk buat satu entri khas bertajuk, " Suami Siapa Paling Diam ". Nantikan kemunculan.

Dari Langkawi Cable Car, kami singgah di Tapak Beras Terbakar sebelum ke Muzium Mahsuri. Kami berdua macam biasa tunggu di luar sambil sembang dan sembang.


Untuk lunch, Kak Des bawa kami sekeluarga ke Restoren Tom Yam Top Seafood.
3S.
Serius Sangat Sedap.

Makan sampai tahap nak strok. 2 Hari lunch di sana, hari - hari menu sama ikan bakar, ulam-ulaman, sup daging, kerabu mangga, sambal belacan dan bi yu di yu. Harga boleh tahan, tak begitu mahal. Sebelas orang makan dengan lauk macam - macam RM90 ++.

Cuba Cari Mana Nasik

Aktiviti selepas lunch, balik tidur. :)

Aktiviti malam, dinner. Kak Des bawa kami sekeluarga ke EE Burger yang dicari - cari sampai berpusing - pusing. Masih lagi meneruskan aktiviti makan tak hengat. 

Kat sini sesuai untuk tune selera ke selera western dalam keadaan santai pada harga berpatutan. Komen, Burger Bakar Lamb EE Burger masih belum dapat challenge Burger Bakar Lamb Abang Burn

Tiga malam berturut - turut kami dinner di EE Burger, sampaikan hari keempat kami di Langkawi,lalu EE Burger pun dah naik pening.

27hb November 2013.

Hari ketiga. Kak Des tak dapat join sebab jaga exam. Aktiviti kami hari ini, Island Hopping

Mamat yang kami contact untuk Island Hopping janji akan 'kutip' kami di depan Kondo Istana jam 9.30 pagi. Tapi pukul 10.00 pagi baru muncul. Sebelum Island Hopping, bersarapan di kedai yang sama, menu sama. :)

Untuk Island Hopping, RM350 satu bot untuk 10 penumpang, termasuk perkhidmatan ambik dan hantar balik ke tempat penginapan. 


Best naik boat, tapi kurang berminat untuk berhenti lama - lama di pulau sebab tak join apa - apa aktiviti kecuali duduk tepi pantai bersama uncles dan aunties. 

Pulau pertama Pulau Beras Basah kot nama tempat tu, malas nak google. 1 jam masa kami kat situ.
Rakyat - rakyat jelata yang berkenaan selamat mandi pantai. Ramai juga yang berbikini seksi kat sini. Nak cuci mata pada yang berkenaan bolehlah. Silap haribulan, bukan cuci mata, siap kena clorox. Pegang konsep yakin, semua boleh jalan.

Selepas pulau pertama, kami dibawa ke kawasan yang banyak gila burung helang. Tapi tiada aktiviti 'Eagle Feeding' hanya 'Eagle Watching' sebelum kami ke Tasik Dayang Bunting.


Kat sini banyak kera/beruk menunggu di sepanjang laluan ke tasik. Tidak mengganggu atau mengacau pengunjung kecuali jika kita membawa beg plastik. Habis nanti kena rebut dengan binantang tu nanti. 

Kalau rasa nak try siapa lagi powerrrrrr, sila bawa beg plastik dan lawan tarik - tarik. Jangan lupa rekod untuk upload di Youtube. Mana tau boleh jadi the next Youtube sensation. 

Pun tak ikut panjat naik ke tasik, lepak tepi pondok dengan alasan nak teman mak. Rakyat jelata selamat terjun masuk tasik semua. Di sini kami juga diberi masa 1 jam.Selesai di Tasik Dayang Bunting, kami dihantar balik ke jeti. 

Oh lupa, sebelum naik bot, akan ada seorang mamat yang akan snap gambar setiap seorang penumpang. Balik dari Island Hopping, akan tersusun gambar semua penumpang pada piring cenderamata pada harga RM10.00 satu. 

Dengan pakaian separa kering, kami menyerbu Restoren Tom Yam Top Seafood. Selesai lunch, aktiviti wajib kami, tidur. Rakyat jelata tidur berehat sekejap, petangnya mereka ke Pantai Cenang. Macam - macam aktivit lagi, mandi pantai dan ber 'Banana Boat'. 
Saya tidur di aparment dengan nyenyaknya.

Aktiviti malam, dinner di EE Burger lagi sebelum ke Dataran Lang. Sesi bergambar ala - ala Titanic oleh rakyat jelata.

28hb November 2013

Hari keempat. Breakfast di Naser Daun Pisang. 
Tak suka kedai mamak tapi kalah dengan kuasa majoriti. Makan roti planta. Komen, boleh lah. 
Destinasi pagi ini, Underwater World Langkawi.

Underwater World Langkawi buka jam 10.00 pagi.
Harga tiket RM28.00 bagi pemegang MyKad, RM22.00 bagi warga emas dan RM18.00 bagi pemegang MyKid. 

Budak - budak memang akan suka tempat ni. Orang dewasa ikut minat. Kategori yang suka muzium, zoo, Nasional Geografic dan sewaktu dengannya Insyallah akan enjoy jugak ke sini. 

Tak ingat sangat urutan section dalam tempat ni, ingat jumpa burung kaler biru yang sangat bising, singa laut yang comel, penguin yang cute gila.. pastu tak ingat dah apa dalam tu. Komen, macam tak banyak sangat benda dalam tu. 

Balik dari Underwater World Langkawi, singgah kedai makan di simpang jalan ke Pantai Cenang, kedai makanan Thai, nampak meriah lauk - pauk. Lauk kami ambik semua simple je sebab masih kenyang, 10 orang makan, RM140. Nama kedai tak nak sebut sebab tak sedap dan mahal.

Lepas tengah hari, rakyat jelata keluar lagi, tak tau mana diorang pergi, saya stay kat rumah siapkan kerja - kerja sekolah yang tergendala. Balik rakyat jelata dari sesi main air entah dimana, kami keluar dinner di EE Burger, lagi.

Malam, tidur.

29hb November 2013.

Breakfast simple je. Beli kedai seberang Kondo Istana je. Rakyat jelata keluar lagi, saya dating dengan Kak Des, pergi airport settle tiket, cari port duduk sembang dan makan lagi.

Rupanya rakyat jelata ke Pantai Tanjung Rhu, sewa bot keliling kawasan berdekatan. RM120 sejam tetapi dapat extend sehingga 1 jam setengah. 

Last day kami lunch di Restoren Wan Thai. Hasil bacaan di internet ramai yang suggest ke sini. Restoren ni buka dua sesi, siang sampai pukul 3 sahaja. Kami sampai jam 2.20 petang, order makan ditutup jam 2.30 petang, so dengan rushingnya kami order set B untuk 10 orang. 

Ada tomyam, sotong masak apa tak sempat baca, udang pun tak tau masak apa, sayur kailan, ikan goreng ditabur kerabu mangga kat atas tu pun tak tau nama apa, buah dan air kosong. Komen... lain kali nak cuba makan malam mungkin yang kat internet tu semua datang makan malam di saat tak rushing macam kami.


Lepas lunch, kami ke kompleks Haji Ismail Group ( HIG ). Semua tak borong benda lain kecuali masing - masing dengan coklat berplastik - plastik. Aktiviti petang tersebut, ronda - ronda Pekan Kuah sambil menghabiskan masa sebelum balik. Dinner di Restoren Saji sebelum berpisah dengan Kak Des. Flight kami balik ke KL pada malam tersebut pada jam 10.40 malam.


Kesimpulan dari Trip Ke Pulau Langkawi,
  1. Baru tahu tiada kes kecurian kereta rupanya di Langkawi. Van sewa tinggal macam tu je kat airport dengan kunci di suis.
  2. Banyak gila kedai makan yang best lagi lazat kat sini, no wonder Kak Des mengalami sindrom membesar sihat dan kuat di awal kedatangn ke Langkawi. tapi sekarang Kak Des dah slim you..
  3. Tak banyak gambar kami berdua sebab kami bersembang dan bercakap tanpa henti.


  4. Mandi pantai tidak, berjemur tidak, aktiviti pantai semua tak ikut, rakyat jelata balik KL semua segar bugar kecuali saya sorang demam selsema dengan jayanya. Taip entri ini bertemankan sekotak tisu secawan Nescafe.



Rabu, 27 November 2013

Kisah Cikgu Idayu

FARITA Idayu Bt. Jusoh bukanlah pegawai besar. Dia hanyalah seorang guru. Guru yang baru lapan tahun berkhidmat mendidik anak watan kita.

Menjadi guru adalah cita-citanya dari kecil. Dia bukan seperti sesetengah guru, yang menjadikan kerjaya itu sekadar makan gaji.

Cikgu Idayu atau Cikgu Ayu mahu menjadi pendidik sejati. Mendidik anak-anak kita, terutamanya dari kampung pedalaman. 

Selepas keluar dari kolej perguruan hatinya meronta-ronta mahu terus mengajar. Ke mana sahaja dihantar bukan halangan. Lagi pun itu telah menjadi perjanjiannya bahawa ke mana sahaja, waima ke pulau terpencil di Mabul, Sabah sekali pun dia sanggup tempuhi. 

Oleh itu, Idayu sanggup meninggalkan kampung halaman di Terengganu dan dihantar mengajar di Sarawak. Pengkhususan beliau ialah subjek Fizik, Matematik dan Sains. 

Guru muda itu gembira mengajar di situ. Semangatnya sentiasa berkobar-kobar mendidik anak bangsa.

Namun sebagai seorang insan, Cikgu Idayu pun mempunyai keinginan untuk berumah tangga. Jodohnya ditemukan dengan jejaka yang kebetulan berasal dari negerinya di Terengganu.

Setelah berkahwin Cikgu Idayu dipindahkan dari Sarawak ke Semenanjung, iaitu Johor.
Dia ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Syed Esa, Batu Pahat, Johor.
Suaminya pula bertugas sebagai Warder Penjara di Dungun. Sehingga kini mereka telah berkahwin selama lapan tahun.

Bagi pasangan itu, seorang tinggal di Dungun dan seorang tinggal di Batu Pahat bukan halangan untuk berkhidmat sebaik-baik mungkin kepada negara tercinta ini.

Sepanjang lapan tahun mereka tidak pernah tinggal sebumbung. Sama ada suami akan ke Batu Pahat atau sebaliknya si isteri akan ke Dungun. Walaupun kejauhan, tanggungjawab zahir dan batin diteruskan sama seperti pasangan suami isteri yang lain.

Namun, setelah beberapa tahun berulang-alik mereka merasakan ia bukanlah satu penyelesaian yang baik. Sebagai penjawat awam, Cikgu Idayu mempunyai hak memohon pertukaran untuk mengikuti suami.

Sudah tujuh tahun, sejak 2008 tanpa serik dia membuat permohonan melalui Jabatan Pelajaran Negeri dan di peringkat kementerian, namun semuanya gagal. 

Setiap tahun, kementerian membuka permohonan sebanyak dua kali. Dan, sepanjang tempoh itu dia telah membuat permohonan berbelas-belas kali.

Cikgu Idayu reda dengan ketentuan Ilahi. Mungkin tiada rezeki lagi, fikirnya.

Di sepanjang proses permohonan itu, dia ada juga mendapatkan surat sokongan pelbagai pihak, juga gagal.

Pertengahan tahun ini apabila rayuan pertukaran dibuka, dia antara cikgu yang paling awal berkobar-kobar dan ghairah mengisi borang. Kakitangan jabatan pun sudah kenal dengan beliau.

Sambil jari jemarinya mengisi borang itu, mulut Cikgu Idayu tidak putus-putus memohon doa agar mudah-mudahan permohonannya diperkenankan dan dapat disatukan dengan suami tercinta.

Beberapa hari lalu keputusan diumumkan. Buat kesekian kalinya, selama tujuh tahun, permohonannya ditolak sekali lagi.

Permohonannya untuk bersatu di bawah satu bumbung dengan suaminya buat pertama kalinya, juga gagal.

Cikgu Idayu terus pasrah. Fikirannya cukup tertekan. Cita-cita masa kecilnya untuk menjadi guru kini sudah menjadi satu mimpi ngeri. Cikgu Idayu kini difahamkan, sedang menerima rawatan akibat tekanan.

Lebih tertekan, setelah tujuh tahun berkahwin, dia masih belum mendapat cahaya mata. “Kerana itu saya mahu duduk berdekatan dengan suami saya..."

Sebagai penulis, saya tidak pasti di mana silapnya dalam kes Cikgu Idayu ini.

Terus terang saya katakan, saya tidak mengenali cikgu itu. Saya hanya menerima suratnya - mengadu kepada saya, setelah segala usahanya selama ini gagal. Mengadu kepada saya adalah jalan terakhir beliau. 

Tulis beliau kepada saya: “Keluarga kami sejak zaman nenek moyang 100 peratus menyokong, berjuang untuk UMNO. Saya minta tolong dengan menteri-menteri UMNO, takda satu tandatangan mereka yang laku... jalan akhir, nampaknya saya perlu berhenti kerja walaupun itu cita-cita saya sejak kecil mahu menjadi cikgu untuk bantu anak bangsa."
Kisah Cikgu Idayu, saya anggap adalah satu daripada banyak lagi kes yang serupa. 

Bagi saya dalam puluhan ribuan guru di seluruh negara, dan mobilisasi guru-guru baru setiap tahun, apakah sebenarnya masalah Cikgu Idayu ini? Terus terang saya katakan saya tidak faham dengan sistem proses pertukaran itu.

“Mereka memberi alasan pengkhususan saya sudah penuh di Terengganu," katanya.
Jika satu, dua tahun mungkin kita boleh terima dia gagal, tetapi apabila ia sudah masuk tahun ketujuh, maka di mana pula silapnya? Di mana pertimbangan kemanusiaan pula?

Apakah semua pihak mahu melihat Cikgu Idayu, seorang guru Fizik dan Matematik ini melepaskan jawatannya?

Wahai Pengarah-pengarah Pendidikan Negeri-Negeri, Ketua Pengarah Pendidikan, Ketua Setiausaha Kementerian dan menteri-menteri serta timbalan-timbalannya, tolonglah teliti kes ini.

Saya berharap janganlah dihukum Cikgu Idayu gara-gara tulisan ini. Ambillah iktibar positif daripada tulisan ini untuk memperbaiki mana-mana sistem yang lemah.

Saya difahamkan Kementerian Pendidikan memang sedar mengenai sindrom suami-isteri berpisah ini. Harap-harap kes Cikgu Idayu ini boleh diselesaikan.

Jika ini pun susah hendak diselesaikan, apakah kita sudah bersedia untuk menjadi sebuah negara maju?

Sabtu, 23 November 2013

Syair Merantau Imam Syafie

Syair Merantau Imam Syafie

SYAIR MERANTAU IMAM SYAFIE
Merantaulah…
Orang berilmu dan beradab tidak akan diam di kampung halaman
Tinggalkan negerimu dan merantaulah ke negeri orang

Merantaulah…
Kau akan dapatkan pengganti dari kerabat dan kawan
Berlelah-lelahlah,
manisnya hidup terasa setelah lelah berjuang

Aku melihat air menjadi rusak karena diam tertahan
Jika mengalir menjadi jernih, jika tidak, akan keruh menggenang

Singa jika tak tinggalkan sarang, tak akan dapat mangsa
Anak panah jika tak tinggalkan busur, tak akan kena sasaran

Jika matahari di orbitnya tak bergerak dan terus diam
Tentu manusia bosan padanya dan enggan memandang

Bijih emas bagaikan tanah biasa sebelum digali dari tambang
Kayu gaharu tak ubahnya seperti kayu biasa jika di dalam hutan

 

Khamis, 21 November 2013

REUNION UPSI AFTER 6 YEARS...

reunion upsi (2002- 2005)

.........Taiping, Perak.........

TENTATIF PROGRAM

2 November 2013

12.30 tgh
Makan tengah hari di Rumah Su Azalilah...
 (baju belang tu)....Baju biru pegang anak kecik tu Farahida..
Thanks Su...lauk gulai ikan, sambal belacan, ulaman, ayam goreng..sambal bilis hijau..daging goreng kunyit...sayur campur memang heaven sangat di kala perut berkeroncong minta diisi...sedapp

Yus dan Achik Za...bestnyer dapat jumpa kamu berdua....Teringat zaman duk UPSI duk kannnn!..






Inilah wajah anak-anak kecik yang tetap mesra walaupun baru kali pertama berjumpa....




2.30    Check in Hotel Kamalodge

Solat dan rehat sebentar setelah agak penat dan campur kenyang....tapi anak-anak asyik terhendap2 ke tingkap duk aim kolam...Hati dah tak tenteram la tu...



4.30    Mandi kolam..


Anak-anak dah tak tahan godaan air kolam yang biru....Mama papa pun apa lagi...jommmm kita terjun!!


Si kecik ni pun tak takut air langsung..biar biru ketaqq..tapi keluar dari kolam tidak sekali-kali...





 6.oo   Makan Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang
(oleh sebab ramai sangat pengunjung...mee udang habisss..yang ada mee ketam...jadi kami beredar ke Restoren Pak Hashim untuk pekena jugak mee udang....RM12.00 semangkuk..tapi udang dia manissss.....mesti cuba...)
Maaf gambar tak dapat di upload..sebab...tak dan nak snap hehhe..

9.00    Birthday Party Fawwaz





Thank you Auntie Ida..Iman very like it...






Along dan angah pun suka sangat dengan cekak Mickey yang berlampu ni..sampai asyik off jer lampu takut bateri habis..hehhe

Acara tukar hadiah.....pukul 11.00 malam selesai..bersurai..balik bilik tidur ..kepenatan.





3 November 2013

7.30   Breakfast "Roti Goyanggggg" dan Nasi lemak Paru.....sedapp...
                                                       
 9.oo Acara kolam 

Sekali lagi anak-anak tersenyum keriangan sebab dapat berendam dalam kolam dahulu sebelum check out....



Photo session.....cheeeseeee!!!

Sesi bergambar kaum ibu dan anak-anak...
Dari kiri Yus, Nadia, Farahida, Su Azalilah, Kak Is, Kak Zira dan Aku...



Kaum papa juga berposing sakan.....thanks guys uols awesome sangat sebab benarkan geng bini2 ku gengster buat reunion hehehhe....

12.00 Check out time..
12.30  Zoo Taiping ...
2.30  Makan K.teow Doli & Popia Tersohor di Taiping
4.00  Bersurai....

......4.15 Ke Rumah Hasmas& Syed......
......5.30 Bergerak balik KULIM....
......8.00 Selamat sampai di Kulim Utama.....


Mr.Wilson Cakap Tuhan Tidak Adil.

Mr.Wilson bukan nama sebenar. Diberi kesempatan berkenalan dengan Mr.Wilson kerana kami berkursus di tempat sama.

Sepanjang 4 hari berkursus, hanya pada hari kedua terperasan kewujudan Mr.Wilson, sebabnya kami sama - sama datang lambat. Masuk ke dewan, Mr.Wilson duduk selang sebaris di depan. Time - time mata hampir terkatup, cuba untuk mengintai laptop Mr.Wilson. Curious apa yang dia buat sebabnya kami belum dapat apa - apa tugasan lagi.

First impression terhadap Mr.Wilson, muka orang intelek, banyak pengalaman, mesti otai matematik.
Dijadikan cerita, pada hari ketiga kursus, kami diletakkan dalam kumpulan sama. Satu kumpulan hanya tiga orang.

Masa tengah kalut nak siapkan tugasan, perasan juga dengan Mr.Wilson yang nampak resah gelisah. Sekejap - sekejap mengeluh. Tak lama kemudian termenung, bila jawab soalan macam ke laut sikit. Takpelah kan.

Bila dah nampak macam Mr.Wilson seperti nak meluahkan sesuatu, kakak senior yang sama kumpulan mulakan perbualan. Tanyalah soalan - soalan basic macam tinggal kat mana, kerja kat mana...

Mula - mula Mr.Wilson mengeluh tentang skim pencen. Dia menyesal tanda tangan untuk pilihan bersara di usia 60 tahun. Sebab sekarang pun dah penat katanya. Kalau ikutkan umur Mr.Wilson sekarang, lagi 9 tahun untuk Mr.Wilson nyanyikan lagu "Menghitung Hari'.

Mungkin sebab nak redakan Mr.Wilson yang nampak tertekan, kakak senior pun tanyalah, anak berapa orang, yang sulung umur berapa, isteri kerja apa...
Masa ni lah kami mula terjebak dengan isu Tuhan Tidak Adil.

Bila Mr.Wilson mention isteri dia surirumah, kakak senior membalas.." Oklah, ada isteri yang boleh serve Mr.Wilson 24 hours..tak macam orang yang isterinya bekerja."

Lama Mr.Wilson termenung sebelum jawab dalam nada kecewa..." Mana ada, saya yang serve dia. Everything. Dia hanya duduk rumah tidak buat apa - apa"

Okkkk...fokus saya nak siapkan tugasan kumpulan mula tergendala, nak pusing mengadap terus Mr.Wilson macam segan juga sebab dua-dua ahli kumpulan ni macam dah baya - baya mak. Nak join orang tua bercerita masalah rumahtangga memang macam tak sesuai.. tapi... kami bertiga je kot dalam kumpulan ni. So, dibenarkan lah kot. ;)
Sekali sekala menyampuk juga bila dia macam menagih respon.

Alkisahnya si isteri menurut Mr.Wilson memang tidak menjalankan peranan seperti isteri - isteri lain. Bangun pagi menyiapkan sarapan tidak, makan tengah hari pun tidak, apa pun tidak. Hanya tinggal di rumah tidak berbuat apa - apa. Bila ditanya sejak bila bergaduh, tak bergaduh katanya. Masih bercakap cuma dia rasa sedih dan tidak seronok dengan rutin yang dilalui. Sudah diluahkan dan berbincang dengan isterinya tentang apa yang dia luahkan kepada kami, tetapi isterinya tidak berubah. Sepanjang - panjang dia bercerita, ada satu soalan yang hampir - hampir terlucut keluar dari mulut tapi sempat ditarik balik. Tapi memang nak sangat tanya...

Bila habis dia bercerita, dia akan termenung. Kemudian dia akan geleng kepala dan mengeluh..
" sedih...Tuhan memang tidak adil, berikan saya isteri sebegitu" Mati kutu. Tak pasti respon yang sepatutnya diberi.

" Kalau masa boleh diputarkan, memang saya memilih untuk tidak berkahwin."..Mr.Wilson masih teruskan keluhan hati, saya pula masih teruskan menyiapkan tugasan kumpulan, sambil sekali - sekala tersengih - sengih, tu je respon terbaik yang mampu diberi.
" Jika saya boleh lahirkan anak tanpa berkahwin, saya tidak akan berkahwin."
Dan sepanjang dia meluahkan perasaan, banyak juga soalan berkaitan agama yang mencabar minda yang diaju. Berpeluh den dalam bilik ber'aircond'. Nasib baik kakak senior tu yang banyak mainkan peranan melayan dan menjawab soalan. Saya hanya menyampuk bila perlu.

Tentang haji, Lailatulqadar, 10 malam terakhir di bulan Ramadan, Hajarul Aswad, Nabi Muhammad S.A.W, azan adalah antara soalan yang diaju dan bukan soalan kosong yang ditanya. Mr.Wilson ada ilmu dan tahu tentang semua yang disoal. Dia cuma minta pencerahan. Kami terangkan semampu kami. Insyallah tiada salah faham berlaku.

Selepas makan tengah hari, kerja kumpulan diteruskan, begitu juga keluhan dan soalan pencerahan dari Mr.Wilson pun diteruskan. Disebabkan banyak sangat soalan yang ditanya dan kami pun sebenarnya tidak dapat memberi fokus sebab kejar masa untuk siapkan tugasan kumpulan, kami bukakan ceramah agama dari youtube oleh saudara Lim Jooi Soon. Maka, berkumandanglah ceramah agama di kumpulan kami pada petang tersebut. Mr.Wilson memang sangat kusyuk mendengar tanpa hiraukan orang sekitar sampailah tamat kursus kami pada hari tersebut. Pada hari terakhir kursus, tak banyak yang sempat kami bualkan sebab semua kalut nak hantar tugasan. Sikap Mr.Wilson masih macam biasa, termenung dan termenung.

Kesimpulan dari pertemuan singkat dengan Mr.Wilson

  1. Mr.Wilson sebenarnya jiwa kosong yang sedang mencari jalan kebenaran.
  2. Rasanya dia tidak berniat lain bila asyik meluahkan tetapi ditakdirkan kami sebagai pendengar untuk membuka jalan dalam dia mencari jawapan tentang hidup.
  3. Tak semestinya cerita Mr.Wilson tu 100% tepat tentang isteri dia. Kita ambik yang positif je.
  4. Baru kenal siapa itu Lim Jooi Soon
  5. Tuhan itu Adil. :)
Ayat terakhir Mr.Wilson sebelum kami bersurai petang tadi..."Za, awak patut pindah ke sekolah saya. Tahun depan isi borang pindah ke sekolah saya ya." 


Rabu, 20 November 2013

Hari Terakhir MR di LBS

Entri nih aku buat khas untuk memperingati kenangan perpisahan dengan seorang member baik aku yang juga ahli GengForeva yang paling misteri sekali, iaitu Encik Radzif a.k.a MR. Isu pertukaran dan perpisahan nih memang sensitip sket. Tambah-tambah lagi waktu sekarang nih. Hu hu hu.. emo! Tapi demi mengimbau kenangan waktu perpisahan dengan MR nih, maka aku nukilkan entri khas ini.

Yang ini gambar 3 sekawan dengan watak yang pelbagai.

Kisah pertukaran MR nih pun sebenarnya macam tuan dia juga, misteri! Misteri tiba-tiba dapat transfer, xde ribut, xde angin. Maka, terlompat melompat lah semua orang yang mendengar. Tak terkecuali semua ahli GengForeva, dan insan yang paling kontroversi dan paling disayangi MR, iaitu Cik Popo yang olo tomey-tomey-tomey!

So, aku kongsikan sket gambar-gambar kat bawah nih semasa hari terakhir MR berada di SMK Luar Bandar No.1 Sibu. Kiranya kenangan terakhir MR ler kat sekolah nih. Awal bulan Februari 2013, kalau tak salah aku. Jom kita imbau sket. Rentetan hari kejadian..

Buat ucapan terakhir kat LBS. Antara PK yang jarang bercakap kat perhimpunan
Sesi perkongsian dengan rakan-rakan seperjuangan

Ini dengan Cikgu Hassan, teman sepentadbiran.

Dengan anak angkat nya yang tomey, Cicha
Ucapan penghargaan dari bos

Ucapan penghargaan dan perpisahan kepada rakan sekerja
Hadiah harijadi perpisahan dari sekolah
Kenangan dengan Lim dan Janting

Masa menjamu selera. En Jimmy pun berpindah sama jugak
Masa untuk makan, team perempuan

Masa untuk makan, team lelaki

Bila dah berpindah ke sekolah baru di St Joseph, Kuching nih, walaupun jauh, tapi sebenarnya MR nih antara orang yang paling aku selalu jumpa. Hu hu hu.. Asal singgah Kuching jer, confirm aku suruh dia datang airport. InshaAllah, semoga persahabatan akan terus berkekalan. Aku doakan juga semoga MR akan terus sukses dalam semua perkara!

Sama jugak untuk ahli GengForeva yang lain. Untuk yang lain-lain pun, ada masa kita boleh berjumpa dan berkumpul-kumpul lagi macam dulu. Impian aku, InshaAllah kita buat reunion besar-besaran untuk GengForeva dalam masa setahun dua nih. Semua WAJIB hadir!

 

KISAH KAWAN