Ini adalah entri yang diambil daripada catatan perjalanan MR ke Guangzhou, China. Untuk entri asal, anda dijemput untuk baca  kat SINI. Best kan kalau jadik macam MR - theGreenLatio? Semua tempat pun dia dah pergi!.. So, untuk sementara waktu nih, kita baca dulu jurnal pengembaraan dia ke Guangzhou, China.
INTRO ...
Guangzhou juga dikenali sebagai Canton atau Kwangchow, merupaka  satu 
bandar raya sub-wilayah dan ibu kota wilayah Guangdong di Republik 
Rakyat China.Guangzhou adalah kota terbesar ketiga setelah Beijing dan 
Shanghai, dan merupakan bahagian yang paling maju, kota budaya, dan kota
 bersejarah, terkenal sebagai “Pintu Gerbang Tiongkok Bagian Selatan”.
GUANGZHOU makin dikenali apabila menganjurkan Sukan Asia. Selepas tujuh 
tahun bersusah payah membuat persiapan, Guangzhou - bandar raya selatan 
China yang pesat membangun - kini sudah berubah wajah dan bukan saja 
akan dikenali sebagai pusat perdagangan dan perniagaan tetapi bandar 
raya sukan dan gaya hidup.
Perjalanan aku ni dah dirancang dari tahun lepas g. So tiket memang dah 
beli awal so harga xda lah mahal sbb dibeli awal walaupun jatuh pada 
cuti sekolah. So planning is very important hehe..
Seperti biasa trip ini dengan menaiki Air Asia. Perjalanan mengambil 
masa 4 jam dari LCCT. Emm for those yg kaki terlampau panjang n sakit 
kaki duduk kat seat AA yg sempit tu better amik hotseat barisan yang 
pertama tu. Senang kaki nak melunjur dan selesa untuk 4 jam. Kang kaki 
injured xbole lak nak jalan jalan kan.
 
 
Airport Guangzhao agak luas dan besar gak. Sesampai kat Aiport dah malam
 dan sangat sesak gak sbb banyak flight landing sama. Kat dalam situ ada
 limo taxi dan jual sim card china.Bahagian arrival hall dia biasa ja. 
Tapi departure hall bole tahan besar gak untuk melepak n shopiing duty 
free. Tp still mahal la kecuali rokok ja.perfume semua sama mcm harga 
KL. Lagi satu nak beli souvenir kat aiport mmg mahal. fridge magnet 
sampai rM14 huhu kat luar bole dpt dlmRm 1-2 ja..Satu g xda kat aiport 
ni International nye Cafe. mcm starbuck mcm xjumpa lak.Mc D ada la 
kecik. Yg lain smua local nye cafe. halal food pun mcm xjumpa kat sini.
MY DESTINY...
Day 1 - KCH - KL - Guangzhou
- delay 
Day 2 - Guangzhou
- Baiyun International Leather
- ShaxiaJu Pedesterian Street
- Beijing Lu
 
Day 3 - Guangzhou - Shenzhen
- Window of the world
- Dongmen Pedesterian
Day 4 - Shenzen - Guangzhou
- Luohu Commercial City
- Haiyin Square & Computer City
- Haizu Square
- Beijing Lu
Day 5 - Guangzhou - KL - KCH
* Trip ni aku susun sendiri mengikut kajian yang telah aku buat. 
Actually ada banyak tempat yang boleh diexplore kat Guangzhao ni. Tapi 
itu ja yang termampu untuk aku explore. So korang kalu nak try plan aku 
ni n bole di ubahsuai mengikut keperluan korang.
* Cadangan penambah baikan pada trip aku ni ialah xcukp untuk pergi 5 
hari. 2 hari dah abis kat perjalanan di atas k/terbang. 7 hari sesuai 
dan boleh di upgrade pergi Kl- Guangzhao - Shenzen-Hong Kong-KL. Sbb 
shenzen ke Hong kong dekat ja bole naik bullet train gak. Kalu korang 
ikut cadangan di atas korang just perlu single Visa sbb Hongkong xpelu 
Visa. Kalu korang patah balik hongKong ke Guangzhao balik akan kena 
double Visa. so rugi sikit.
LIDO HOTEL
 
Name kad hotel Lido dan arahan dalam Mandarin ke Hotel
 
Bahagian luar hotel
 
 
 
Bahagian Lobi Hotel
 
 
Bahagian dalaman bilik hotel
LIDO HOTEL
Kelebihan :
1) location memang perfect sbb seberang jalan terus Beijing Lu. Dan depan, belakang, kiri dan kanan semua tempat shopping.
2) terdapat kedai makanan Halal di beijing lu dan sangat dekat dalam 5 minit bole sampai kedai makan tu
3) Harga hotel pun affordable la dengan 3 bintang dan bole dapat murah 
kalu booking awal n bole try di agoda dan asiarooms. N bagi aku hotel tu
 berhak nk demand sbb kdudukan dia yg strategik.
4) Ramai rakyat Malaysia stay situ especially yg berniaga sbb ada contact gak dgn org2 shippng barang kat malaysia.
5) Senang amik taxi tau2 dh ada depan hotel. Nk ke aiport pun mmg terus amik ja kat luar xpayah nak booking2 n guna meter g.
Kelemahan :
1) WIFI plzzzz....
2) hotel agak old fashion gakla sikit tp okla asalakn bersih.tp cantik 
lagi n murah g dari Palace Hotel kat Masjid India tu hahaha dahla 2 stgh
 bintang ja hahaha sori.
3) lift ada 2 ja haha tp okla Palace hotel ada satu ja hahaha ( asyik 
kena compare je kan, kalu compare ngan Pullman Hotel jauh sangat bezanya
 nanti)
4) siaran rancangan semua chanel cina xda subtittle. bagila satu 
intrnational chanel mcm HBO(mmg xstay kt hotel sangat tp sambil nk tido 
tu nak gak tgk movies rite) 
* Ada gak hotel lain yang ada aku buat study macam Guangzhao Hotel. 
hotel ni dekat dengan Haizu Square dan Metro. So senang nak gerak. tapi 
jauh sikit dengan Beijing Lu.
PENGANGKUTAN
 
Metro Train di Guangzhao.
Pengangkutan kat sini dari pemerhatian aku adalah agak bagus dan teratur
 especially Metro train. Metro train dia memang sangat luas dan banyak. 
Dalam 6 line gitu. Dont worry senang ja nak bergerak sbb ada dalam 
english nye. Nak bertukar train pon sangat senang. Yang penting planning
 kena betoi. Tapi dont worry wlpn terlepas train tapi kekerapan train 
dia dlm 2 ke 3 minit ja. Jauh beza kan dengan kita huhu. Then kat train 
dia xda kes sampai terpaksa berhimpit2 segala sangat walaupun peak hour.
 Satu g murah giler. Korang bayankan aku pegi ke station yg ke 12 hanya 
RM 2.50 ja..kalu lagi dekat hanya RM1 ja.
 
 
Taxi di Guangzhao.
Taxi kat sini mcm aku cakap kebolehpercayaan agak bagus n tinggi. Mereka
 juga guna meter walaupun ke Airport. Masalah cuma komuikasi problem. Tp
 bole setel asalkan korang prepare dengan name card hotel or mandarin 
nyer wording tempat yang nak dituju. Kalu bawa famili better naik taxi 
dari train kan. Lagipun jalan x jam.
 
Van Sapu di Guangzhao.
Tidak digalakkan sangat la. Risaula walaupun xda xperience g. Tp banyak 
kali gak dihampiri oleh van sapu ni. Ada gak keta sapu. Ada sekali tu 
Van sapu siap cakap melayu g ngan aku tapi just tolak ngan baik . 
Xberani amik risiko la huhu.
 
Bullet Train di Guangzhao.
Fabulous la. Depend ngan Which railway station yg korang departure. Aku 
amik south Railway ke shenzen hanaya mengambil masa 40 minit. Kelajuan 
300 lebih ke atas dan xrasa sangat pun kelajuan bila kat dalam tu. 
Station dia pun besar dah mcm Klia ja. Beli ja kat kaunter dan pastikan 
bawa pasport utk beli tiket. Tiket dlm RM 35++ utk kelas ekonomi. Naik 
kelas ekonomi pun ok dan xdala tahap crowded sangat pun.First class 
dalam RM50 xsilap. Satu g dont worry train mmg on time.
MAKANAN HALAL
 
 
Ni stok makanan yang dibawa dari Malaysia hehe...Just backup plan incase
 selera xmasuk kan sbb masakan china agak beza sikit dari Malaysia. So 
antara makanan yang dibawa Maggi,Tuna, Roti, Cheese, Kari Ayam, Sambal, 
Serunding, telor ayam dan telor rebus. gambar maggi di atas adalh maggi 
campur serunding. Sedap duhh bila makan kat luar negara.makan kat 
malaysia xlak rasa sedap macam tu huhu...
 
 
 
 
Tempat ni di Yushan Lu. Iaitu di Beijing Road. Kalu dari Lido hotel 
setelah menyeberangi jalan dan lepas kedai Giordano korang belok kanan. 
Dalam 3-5 minit je. kat jalan situ mmg lorong yg penuh dengan restaurant
 yg sederhana n kecil ja. Kedai ni kat hujung jalan. Kecik ja kedai ni 
seperti di gambar di atas. Aku tapau je Nasi Goreng daging dan Nasi 
daging Kentang. time ni xberani nk mkan ayam hahaha..Harga murah le 
RM4.50 dan RM 6 ja. Emm okla bole makan tapi aku kena makan ngan sambal 
mak aku untuk menambahkan perisa. Meka punya masakan memang meriah 
dengan sayur. Patutla badan meka sana steady n maintane je.
Kedai ni juga di IBeijing Road. Kalu dari Lido hotel setelah 
menyeberangi jalan dan lepas kedai Giordano korang belok kiri Dalam 3-5 
minit jugak dari hotel. Cuma kedai ni aku xsempat pergi. Just tgk dari 
luar ja. 
PERSEDIAAN NAK BERCUTI KE GUANGZHOU, CHINA
1) Passport
Pastikan passport belum tamat tempoh iaitu 6 bulan. Diingatkan janganla 
sesekali buat passport last minute terutamanya time cuti sekolah. Sbb 
time tu ramai org pegi buat passport dan silap silap xbole melancong sbb
 xsempat buat. Dan beratur utk amik no pun que panjang gile..
2) Visa
Nak pergi China kena buat Visa. Pegila kat embassy dia utk buat.ada 
expreenye tapi mahal kalu yg biasa 3-4 hari siap. Aku just suruh agent 
buat just bayarupah runner.
3)Menabung
Jika anda mahu merancang untuk bercuti, mula menabung seawal mungkin. Asingkan duit persiapan percutian ke dalam tabung haha.
4)Perancangan percutian
Sebelum melancong dan bercuti, anda perlu membuat persiapan diri dan 
minda dengan perancangan yang rapi dan teliti. Tentukan dengan betul 
negara, kota atau tempat peranginan yang sesuai sepanjang tempoh 
percutian anda.
5)Tempahan awal
Industri pelancongan banyak bergantung kepada keadaan ekonomi sesebuah 
negara serta permintaan pelancong tempatan atau asing. Oleh itu, adalah 
lebih baik jika anda menempah tiket penerbangan atau tiket bas lebih 
awal, bagi mendapatkan harga yang murah. Tempahan saat akhir adalah 
sangat mahal dan merugikan terutama ketika musim perayaan dan cuti 
sekolah. Begitu juga dengan tempahan penginapan. Anda juga haruslah 
membuat tempahan lebih awal bagi mengelakkan kesesakan atau sebarang 
masalah semasa percutian anda.
6)Peta & Maklumat
pastikan anda membeli peta tempat tersebut atau just download kat 
internet peta tempatyg nak dilawat.Ini akan memudahkan anda untuk 
merancang jenis pengangkutan yang sesuai untuk pergi melawat 
tempat-tempat menarik yang telah anda tetapkan sebelumnya.Maklumat hotel
 seperti dalam bahasa negara tersebut pun sangat penting seperti 
Mandarin wording.
7)Pengangkutan
Dapatkan maklumat yang mencukupi mengenai tempat atau negara yang ingin 
dilawati supaya lebih selesa dan mudah bergerak serta merancang aktiviti
 dan tempat yang bakal dilawati. Pilih pengangkutan yang paling murah 
serta pemandu pelancong yang tahu mengenai selok-belok kawasan percutian
 tersebut bagi mengelakkan anda daripada ditipu ataupun tersesat.
Apabila anda bercuti di dalam kumpulan atau beramai-ramai, anda 
digalakkan menggunakan perkhidmatan teksi kerana ia lebih murah 
berbanding bas atau kereta. Justeru, anggaran perbelanjaan percutian 
anda dapat diringankan kerana berkongsi dan dibahagikan secara adil 
beramai-ramai.
8)Perubatan
Pastikan bawa basic ubat ke sana. Sebagai contoh panadol, ubat selsema, yoko yoko dan mengikut keperluan perubatan anda.
9) Kredit Kad
Perlu untuk kes emergency...Bagi aku sangat penting incase anything happen kan. We dont know rite.
 
10) Matawang
Matawang digunakan di China ni Yuan Renbimi. senang ja nk convert dengan
 RM just duit meka bahagi dua ja. katakan 100 yuan sama dengan RM50 
kita. Peringatan duit kat China ni banyak  "bad money" hahah..duit palsu
 especially note 100 diorang.
11) Makanan
Walaupun di Gzh banyak makanan halal tapi backup Bawalah makanan kering 
seperti biskut, mi segera, sardin mahupun minuman segera yang mudah 
dibawa sebagai persediaan awal. 
12) Pakaian
Musim di GZH ialah summer dan hujan. So sediakan pakaian dalam jumlah 
yang minimum dan pakaian yang ringan bagi memudahkan pergerakan anda. 
Kasut yang sesuai dan topi jangan lupa. Dan kebanyakan payung disediakan
 di hotel.so plz bawa bila keluar dari hotel.
Untuk entri asal oleh MR boleh terjah kat SINI
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

































 
 
 
 
 



Mcm xda tanda haIal jak tpt mkn ko ya MR ... hehe....
BalasPadamYa kedai cina islam.n tanda halal xsama ngan cop d Malaysia hehehe...
Padamyang aku pernah dibagitau bie, mcD dgn KFC kat China tak halal. Kedai2 makan tu tanda halal dia tak sama lah dengan logo halal Malaysia. :)
BalasPadamYa betui kfc n mcD kbykn xhalal even banjo nyer sbb ada tambahan bnda lain.kecuali di phnom penh aku jumpa kfc halal..
BalasPadamMR. dalam ranking 10%, berapa % agaknya MR bagi untuk keseronokan trip ini?
BalasPadam